Monday, February 14, 2011

Edisi Umum : antara cinta dan sahabat

Hari ini, kita menangis kerna terluka, hati tersentuh kerana disakiti.. Dikhianati oleh seseorang yang kita sayangi dan cintai, masa kita bahagia, kita lupakan kawan-kawan, kita abaikan semua, kononnya cinta kita lebih bermakna dari kawan-kawan. Sekarang bila kita sedih, bila cinta kita tinggalkan kita, siapa yang ada disamping kita untuk damaikan hati kita?, Cinta kita dah tak pedulikan kita lagi, malah dikatanya kita macam-macam, seolah-olah kita menyusahkan dia, kita tak berguna pada dia. Dulu kata nak sehidup semati, sekarang tengok muka kita pun dia rasa azab macam nak mati. Padahal kita tak buat salah pun, kita sama aja macam dulu. Apa yang tak kene Cinta kita tak nak bagi tau kita, macam mana kita nak betulkan keadaan kalau Cinta kita tak nak bagi peluang?.

Tiap-tiap hari kita termenung, kita nangis.. Kita bercakap sorang-sorang.. Ya Allah, macam mana kita nak pulihkan keadaan.. Selama ni kita dah cuba buat yang terbaik, kita dah cuba ikut dan penuhi kehendak Cinta, kenapa sekarang ni, semua bertukar menjadi bencana?. Apa sebenarnya yang Cinta kita mahukn?

Satu hari, sedang kita duduk di taman, tiba-tiba kita disapa oleh kawan baik kita, Kawan kita cakap dia datang rumah cari kita, dia cuba call kita tapi kita taknak jawab, Kawan kita kata dia tahu yang kita tengah sedih.. Dia tahu kita tengah kecewa.. Dan tiba-tiba Kawan kita marah, Marah sangat-sangat, Kita tunduk dan diam je, dah la kita tengah sedih, dia tambah sedih kita lagi.. Kawan kita tengok kita sedih, pastu dia terus peluk kita, dia cakap dia sayang kita, biarpun kita pernah lupakan dia, tapi kita tetap ada dalam hati dia, Kita terus tergamam, Kita betul-betul tak sangka yang masih ada yang sayangkan kita setelah apa yang kita lakukan. Kawan kita kata, Dia akan selalu ada untuk Kita dalam susah mahupun senang. Ikatan persahabatan itu tak mungkin terlerai begitu sahaja, ia akan tertanam bersama jahadnya pabila ia mati nanti.

Air mata kita berjujuran jatuh mendengar kenyataan kawan kita, Sungguh bermakna kita dalam hidupnya.. Sedangkan dulu masa Cinta ada dengan Kita, kita buang dia macam tu sahaja.. Baru kini kita sedar, Cinta kita boleh cari mahupun bertukar ganti, tapi kesetiaan seorang sahabat itu tidak mudah untuk dicari ganti.. Kita bersyukur kerana kita ada kawan seperti dia, sejak dulu lagi dia sangat sabar dan suka mengalah. Apa sahaja masalah yang kita hadapi pasti dia ada untuk membantu. Kenapa kita jahat dan bodoh sangat?, Kenapa kita lupa yang Kawan kita itu JAUH LEBIH BERNILAI dari CINTA kita tu??, Kita tak dapat nak maafkan diri kita... 

Setelah hati kita terubat, kita berjanji dengan kawan kita, yang kita tak kan ulangi kesilapan lalu, Kita berjanji kita tak bercinta lagi sehingga kita tamat pengajian nanti. Kami bahagia bersama-sama, Kami dapat melanjutkan pelajaran dia Universiti yang sama, Dan memilih bidang yang sama, Kami berjanji akan berlaja dan saling bantu membantu. Ya Allah besarnya nikmat yang Engkau kurniakan pada ku..

Kini hampir 6 bulan berlalu, Satu hari sewaktu kita dan kawan kita hendak mendaftar di universiti, tiba-tiba kita didatangi oleh seseorang yang pernah kita kenali suatu ketika dahulu. Dia tunggu kita disuatu sudut, dia pegang bunga yang kita suka. Terkejut kita rupanya Cinta datang jumpa kita. Dia berikan kita bunga tu, cinta kata tahniah, dan dia bangga dengan kita. Dia mohon maaf diatas kesilapan dia yang lalu.Masa tengah sembang tu,Kawan kita tengok je dari jauh, dia senyum je.. Kita serba salah. Cinta kata dia nak menjelaskan keadaan sebenarnya. Mula-mula tu kita rasa happy sangat.. kita hampir terlupa janji kita.

Kita tarik nafas dalam-dalam, lepas tu kita histifar banyak-banyak.. kita bagitau Cinta elok-elok yang kita dah serik dan kita tak nak dengar sebarang penjelasan lagi, yang dah berlalu kita dah buang jauh-jauh, kita tak benci cinta tapi kita tak boleh terima cinta kembali, sebab luka yang cinta bagi begitu menyeksakan dan pedih. Cinta terus nangis bila dengan kita cakap macam tu, kita bagi tau cinta, kalau dia cintakan kita, ikhlas lah dengan dirinya dulu, hati kita tetap sama, cuma kita tak nak bercinta lagi. Kalau Cinta rasa nak tunggu kita, tunggu la kita habis belajar, Kita akan simpan Cinta kita ni untuk Cinta je.. Pastu terus kita tinggalkan Cinta.

Akhirnya kita berjaya kuatkan hati kita, Terima kasih sebab kawan kita banyak membantu kita. Kawan kita yang megajar kita jadi matang..




1 comment: