Thursday, February 17, 2011

Edisi Umum : Suka ke suka-suka?

Suka ke suka-suka?, Eh apa bezanya nyer.. rasanya sama je kan.. Suka tu maknanya kita tertarik pada sesuatu pekara, bila kita suka, maka kita akan meminatinya.. Bila kita mula meminatinya, lama-lama kita akan tertarik. Bila kita dah tertarik lama-lama kita akan rasa seronok melaluinya... Wah besar sungguh pengertian suka ni.. Bila kita suka kita tak kisah pun, kita lalui dan tempuhi semuanya... Bila kita suka, kita sanggup buat apa sahaja, kita tak kisah apa pun... Ye la dah suka, makan diri pun kita tak kisah.. Biasanya kita akan terleka pada benda yang kita suka. Owh!! sungguh bahaya kan?

Apa yang boleh membuatkan kita suka pada sesuatu perkara tu?, suka sebab apa? kenapa walau kita dah boleh jangka kesan buruk pada diri kita, tapi kita masih berani untuk mencuba? yang peliknya bila sesuatu perkara yang kita tidak suka, walaupun ia baik untuk diri dan masa depan kita.. kita masih susah nak terima? adakah sebab kita ni terlalu ikutkan perasan sehingga gagal mentafsir kebaikan?. Eh.. jangan diikutkan perasaan sangat, kelak merana diri... Tak percaya cuba la~

Apa itu suka-suka?, Errrm suka-suka ni dalam erti kata yang mudah untuk difahami ialah sesuatu perkara yang kita seronak untuk lakukan tanpa ada niat untuk serious, bila orang tanya kenapa kita buat benda itu atau ini, jawapan kita "ala saje suka-suka",.. Kebanyakkan kita semua banyak yang tersalah tafsir istilah suka dan suka-suka... Itu sebab banyak orang kecewa atau perasan :p.

Jika kita mentafsirkan istilah suka mahupun suka-suka dalam sesebuah perhubungan, jawapannya akan jadi lain. Suka ni ada banyak sebab, Suka sebab kita selesa, suka sebab kita rasa tertarik, suka sebagai kawan, Suka sebab sesuatu itu menarik perhatian kita. Ada sesetengah orang, apabila ia rasa tertarik, suka pada sesuatu dia akan usaha untuk mendapatkannya.. Setidaknya mendapatkan kepastian, Dalam erti kata lain, mencuba.. Mencuba untuk apa? Mencuba la untuk kenal pasti suka dia tu sebenarnya suka apa?,Apabila ia mencuba, dan hasilnya kurang memuaskan maka ia akan jadi suka-suka.. Parah la kalau dah jadi suka-suka..

Dalam dunia sekarang ni, kita dibentangkan dengan pelbagai pilihan dan ragam, kadang-kala apabila sesuatu yang dulunya berharga kini sudah tiada nilainya.. Sebab apa? Sebab kita tak tahu menghargainya dan sekadar suka-suka sahaja.. akhirnya nilai yang dulunya tinggi, akhirnya susut... Sebagai Seorang manusia yang dikurniakan akal yang sempurna, apa pun jua yang dibentang dihadapan kita, harus la ditafsir dengan sebaik mungkin jangan la main redahnya.. Nanti hasilnya menghampakan..

Tanya diri kita sendiri, apakah kepentingan sesuatu perkara tu pada diri kita, apakah kerna kita benar-benar menyukainya atau sekadar suka-suka, ingin berseronok dan hanya untuk menikmatinya. Jika sekadar suka-suka, haruslah kita mengkaji keperluan dan kesan nya tidak kira untuk masa pendek atau jangka masa panjang kepada diri kita sendiri. 

NOTE : TUHAN itu adil, setiap tindak tanduk kita sentiasa diperhatikan dan kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang setimpal tidak kira masa,tempat mahupun keadaan.. Cara yang paling terbaik, berbuat baik pada semua, berfikiran +ve, dan berkelakuanlah sewajarnya.. Ingan Jangan Jadi manusia penting diri.. Sekian~ :)



No comments:

Post a Comment