Sunday, February 6, 2011

Siapa Aku?...


Aku sama sahaja seperti yang lain-lainnya.. Punyai impian dan ingin menjadi seorang yang mampu membahagiakan siapa sahaja yang berada disisinya. Namun lumrah kehidupan..Tak semua yang diimpikan akan menjadi realiti.. Tak semua yang kita hajati dapat dipenuhi. Pelbagai peristiwa menimpa aku...pelbagai perkara yang telah aku pelajari. Pelbagai jenis manusia aku temui. 

Ingat lagi sewaktu berusia 12 tahun, masa tu aku tengah leka bermain dan pada masa tu tak pernah fikir pasal masalah.. hidup rasa bahagia aja, maklum la masa tu budak-budak lagi, mana ada masalah.. semua mak bapa yang uruskan. Aku mempunyai 6 orang adik beradik yang masing-masing mempunyai ragam dan sikap yang tersendiri. Aku mempunyai 3 orang kakak dan 2 orang abang.
Kak long aku, nama dia faridah, orangnya cantik.. Putih gebu.. masa muda nya fuh memang digilai ramai.. kakak no 2,aku panggil kak yien.. entah kenapa panggilannya mcm tu, nama betul nya "Phyrus" atau ejaan yang mudah "Fairus", Ejaan nama dia je pelik tapi orang nya layaaan... mempunya sifat yang suka buat hal sendiri tapi yang paling best dia pandai dalam bab-bab saving. Akak no 3, nama dia Fauziah, kami panggil dia "Cek",Fuh mmg tersangat la pelik.. Memiliki vocal yang gile best, tp perh ganas nyer..Abang aku pulak.. Nama dia Jebat.. aku panggil "bat" hehehe, abg yang sangat baik,soft spoken, yang paling bagusnya sangat-sangat bertanggung jawab. Ha abang aku sorang lagi.. yang no 5. masa kecik-kecik kami ni rapat sangat.. selalu bermain bersama sebab usia kami bezanya cuma setahun. Nama dia Adam.. Perh jambu say muka dia.. tapi dia ni suka buat hal sendiri... Errm yang terakhir aku.. anak bongsu.. dari kecik sampai sekarang aku sendiri tak tahu nak mentafsirkan macam mane orgnya aku ni.. tp yang pasti.. aku sangat-sangat sayang pada keluarga.. dan anak-anak sedara aku adalah nyawaku hehehe...

 Kisah aku,bermula masa arwah bapa meninggal pada 04 feb 1996, fuh hancus hatiku.. luluh tak terkata. blur jadi serba serbi tak tau apa-apa. kisah aku bermula setelah bapa pergi.. sop..sop..sop :'(.. windu sgt kat dia.. dulu aku budak-budak lagi.. alhamdulillah sekarang aku dah jadi anak yang boleh dikatakan berguna.. dapat membantu keluarga. Ada pelajaran walaupun tak la tinggi mana.. ada kerjaya walaupun tak la hebat mana tapi yang penting boleh berdikari sendiri. 

Masa usia aku 14tahun aku memilih untuk masuk ke sekolah agama di "maahad", disana la banyak mengubah hidup aku.. dari aku gemok terus jadi sekeping je, maklumlah duk asrama, makan pun tak cukup.. sakit kene jaga diri sendiri, Tapi al-hamdulillah disana la aku belajar mengaji dan bersolat.. Tapi aku sekolah disana tak lama, 2tahun aje, lepas tu akak aku no 2 ambik aku duk dengan di shah alam, dan sekolah kan aku di smk ssaas sec 2 shah alam, aku menghabiskan zaman persekolahan aku di shah alam dan sehingga sekarang aku dah pun berusia 27tahun, fuh dah tua ni~.

Masa aku berusia 16tahun aku dah buat partime di petronas sec6 tempat akak aku keje, masa tu aku belaja berdikari, belaja macam mana nak cari duit sendiri, penat gila ... Disebabkan aku duduk dengan akak aku la, banyak ilmu yang aku perolehi.. aku pandai masak, aku boleh uruskan hal-hal rumah, dan yang paling utama aku tahu apa itu berdikari.. eh! bukan semua orang boleh berdikari ok.. hehehe. 

Eh, nanti sambung lagi.. hehehe panjang sangat nak tulis.. jenuh hehehe :)



No comments:

Post a Comment