Monday, February 21, 2011

Edisi Lelaki : Ego kah lelaki?

Lelaki memang egonya sangat tinggi, kadang- kala sampai memakan diri sendiri, Sebagai seorang lelaki sifat ego itu penting dan seharusnya ada dalam jiwa mereka. Tak salah jika ada perasaan Ego, Tapi harus la kene pada tempatnya dan bukan jadikan Ego itu satu amalan harian hidup mereka. Kenapa lelaki perlu ada rasa Ego? Pada siapa Sifat Ego itu ditujukan? Dan adakah wajar bersifat begitu?.Jika dikaji mahupun ditafsirkan, Ego itu luas maknanya, ia terlalu subjektif untuk diertikan, setiap insan punyai maksud dan terjemahan ia sendiri, dan Ego itu sendiri boleh di tafsir dengan macam-macam cara.

Dalam hidup lelaki dia tak suka diperintah, Diarah-arah buat itu dan ini seolah-olah dia ni tak tahu apa-apa?,  Lelaki jarang sekali nak mengaku kelemahan mereka, depan nampak sempurna, dalam tonggang langgang.. Bila ada yang menegur atau cuba beri tunjuk ajar, mereka mula kepala angin.. Tu namanya bodoh sombong.. Macam mana nak atasi atau berdepan dengan orang macam ni?.. Jalan terbaik gunakan bahasa yang sesuai mengikut penerimaan orang yang dituju itu, jika perlu gunakan contoh yang terbaik serta alasan yang dirasakan wajar.

Lelaki tak boleh terima kalau pasangannya lebih bagus dari segi pelajaran mahupun pendapatan. Tak semua lelaki macam ni, ada lelaki yang akan rasa bangga jika pasangannya mempunyai pencapaian yang jauh lebih tinggi darinya. Tapi kalau yang tak boleh terima, parah la jawabnya. Apabila ia nampak kekuatan mahupun kemampuan pasangannya dia akan mula menyekat dan memberikan alasan tidak munasabah.. Padahal diri dia sendiri serba serbi kekurangan, dia tetap tidak membenarkan pasangannya membantu.. Susah kalau berdepan dengan lelaki macam ni, apa jua alasan yang kita berikan, dia tetap akan membantah.
 
Jangan dipersoalkan setiap keputusan yang dibuat oleh lelaki. Wah!! tak kan kita tak boleh persoalkan? kalau dah keputusan yang di buat tidak adil ataupun salah tak kan kita nak terima mentah-mentah?.. Mungkin kita boleh cuba berbincang, cuba cari dan buat keputusan bersama.. Baru la wajar kan? Tapi lelaki ni memang la pelik... kerana egonya walaupun kadang-kala keputusan yang dibuat itu salah atau kurang tepat dia tetap berdegil..

Tapi percaya tak yang lelaki biasa nya akan mendengar kata seorang wanita.. sekurang-kurangnya seorang wanita dalam hidupnya.. Ada sesetengah lelaki bila dia terlalu sayangkan isteri dia akan mendengar apa sahaja nasihat dari isterinya dan ia akan membuat pertimbangan sewajarnya.. Ha sikap seperti ini bagus.... Mendengar dan cuba mentafsir dengan baik... tapi kebanyakkan lelaki lebih selesa dan akan buang ego mereka dari ibu mereka.. Sebab hubungan seorang ibu dengan seorang anak lelaki  jauh lebih rapat jika nak dibandingkan hubungan seorang ibu dan anak perempuannya :)

jika kita mempunya pasangan/ suami yang terlalu ego, cuba tackle ibunya dahulu, kalau kita berjaya menawam hati ibunya.. InsyaAllah ego mereka juga kita mampu atasi, sebab ibu akan menasihatkan anaknya dari apa juga segi, dan kebiasaanya anaknya akan mendengar walaupun pada awalnya berkeras, mahupun kurang setuju. tapi dalam diam ia akan cuba mempertimbangkan  nasihat ibunya. Ibu adalah segala-galanya bagi seorang anak lelaki.. Percayalah



No comments:

Post a Comment