Monday, February 14, 2011

Edisi Umum : Perlu ke Bercinta Sebelum Kawin?

Sudah menjadi lumrah hidup perlukan kan pasangan.. Tak kisah la macam mane rupa pasangan tu, janji kene ada pasangan. Persoalannya disini perlu ke Bercinta sebelum kawin? atau perlu ke bercinta dalam tempoh yang lama sebelum membuat keputusan untuk berkahwin? atau wujud istilah "try and error?".

Persoalan demi persoalan akan timbul .. Orang bercinta untuk apa? adakah satu kewajipan atau hanya untuk menikmati perasaan cinta tu.. Biasa kita akan dengar... Rata-rata mereka yang mempunyai pengalaman bercinta akan kata, "masa bercinta indahnya", dah kawin?? Ha tungguuuu.......... sikap dan perwatakan pasangan kita akan berubah sehinggakan kita seperti tidak pernah mengenalinya.. Kenapa macam tu? Apa yang silapnya?.. Mana kurangnya? bila semua ni terjadi, kita makin binggung.. mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan.

Kata orang, kejujuran itu penting dalam sesebuah perhubungan.. Ya memang la kene jujur, bukan kata dalam percintaan, malah kejujuran itu adalah satu sifat yang harus diterapkan dalam jiwa setiap insan.. Tapi nak jujur macam mana?, kadang-kadang serba salah dibuatnya, nak terus terang takut pasangan kita sakit hati/kecil hati.. tak terus terang takut makan dalam.. Agak-agaklah macam mana nak buat?.

Cuba kita lihat diri kita, lihat sikap sendiri.. nilai dan cuba renungkan.. hanya kita yang tahu diri kita ini siapa, tidak perlu menunding jari mahupun mencari salah orang lain.. Dalam dunia ini tidak ada yang sempurna, setiap manusia yang diberikan kekuatan pasti ada kelemahannya, setiap yang ada kebijaksaaannya pasti ada kebodohannya.. Tapi mereka ini pandai menyembunyikannya.. malah tahu mengatasinya.. Jadi kenapa kita tak boleh?

Bila hati kita tercuit meminati seseorang.. sudah pasti kita akan terpanggil untuk cuba mengenali orang itu.. siapakah ia?,dari mana?apa pekerjaannya?,baik kah ia? dan sebagainya... Dalam BERCINTA tiada istilah paksaan, semuanya dipandu oleh hati, dan akal mentafsirkan sebelum apa-apa tindakan di buat. Kenapa kita perlu mengenali seseorang itu dalam tempoh yang lama? sedangkan hati kita tahu apa yang kita mahukan daripadanya?..

Sekarang ni dah menjadi 1 tradisi pula, bercinta dengan orang lain, kawin pula dengan orang lain?. Tak ke membuang masa namanya? Mungkin juga Cinta itu satu kepelruan, Perkahwinan itu satu kewajipan?.. Ada pendapat mengatakan, bercinta selepas berkahwin nikmatnya lebih besar, kerana apabila sudah berkahwin, kita mempunyai ikatan yang sah, perasaan segan masih ada, kita akan lebih berhati-hati dalam perbuatan, maklumlah tak berapa kenal/belum terbiasa.. Bila ada perasaan segan, tiap tingkah laku kita dapat di kawal. Kita seboleh-bolehnya tidak akan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh melukakan hati pasangan kita.

Tapi kalau dah bercinta lama? dah takde apa nak disegankan.. malah semua main redah, main asal boleh, soal perasaan pasangan kita,kita akan ambil mudah sahaja. Kita tidak peka mahupun rasa sensitif. Banyak kita dengar, bercinta 10tahun, kawin tak sampai 3bulan.. Apa sebab semua tu boleh berlaku? bila disoal, meraka jawab tiada keserasian. Habis apa guna bercinta lama-lama tu? tak cukup kenal ke?. 

Kesimpulannya, Hidup ini nampak mudah, tapi setiap manusia punyai halangan dan ujian yang berbeza-beza, hanya kerana kesilapan kecil yang kita lakukan tidak kira dalam keadaan sedar mahupun sebaliknya,  kesannya akan memakan diri, Hidup haruslah bersikap adil tapi harus adil pada diri sendiri  terlebih dahulu, dan kemudian baru la secara semula jadi kita akan berlaku adil pada pasangan kita mahupun mereka yang berada disekeliling kita. Belajar mengenal diri sendiri, dan kemudian belaja hormati perasaan orang lain. 

NOTE : Jangan mengharapkan balasan pada setiap  kebaikkan yang kita lakukan. Sebaliknya lakukan dengan keikhlasan, kerana ganjaran yang bakal Dikurniakan oleh Allah jauh lebih besar nikmatnya.. Moga kita sentiasa dilindungi dan sentiasa dipandu oleh kebaikkan.. InsyaAllah


No comments:

Post a Comment