Monday, February 21, 2011

Edisi Photo Photo : fren's dan aktiviti

22 Febuari 2011 yang baru je berlalu, kami dan beberapa rakan yang lain, merancang untuk buat kejutan untuk seorang teman yang menyambut ulang tahun kelahirannya. Kami plan seminggu sebelum, pada awalnya nak buat BBQ di "swimmingpool" rumah neyna, tapi masa tu "fullybook", lepas tu kami tukar plan dari BBQ ke steamboat. Steamboat simple but penyediaannya agak rumit la jugak...

Ini la birthday girl, seorang cik kak yang sangat chomel dan sangat baik dari segi hati dan juga budinya.. cuba tengok macam anak dara kan?.. tapi sebenarnya mak orang hehehe, anak ramai.. tp body maintain solid yer :)

ini la menu utama kami, banyak pilihan kan.... memang makan sampai takde ruang ag dah.. maximum....
ni adalah menu sampingan :) mane tak full dibuatnya.... yang steamboat penuh meja, ni pulak nak baham.. belum desert lagi ......

geng gadis-gadis, kebanyakkan mereka sudah berstatus.. tinggal aku n neyna aje yang menunggu giliran siapakah selepas ini :p  Yang pasti usia dan status itu bukan la isu yang penting. tapi nilai persahabatan dan kasih sayang yang terjalin antara kami itu yang penting. Bukan mudah nak faham dan nak kekalkan "frenship" kalau tidak kene gayanya. Tapi alhamdulillah semua masih baik.. dan ini akan menjadi kenangan 2011 :)


1 comment:

  1. sweet moments, hope friendship last forever, bukan senang nak berkawan baik mcm ni kalau kite xjaga betul2.. alhamdulillah!

    ReplyDelete