Monday, February 7, 2011

Edisi Cantik : Penjagaan luaran jgn lupa

Semua orang nak nampak cantik.. Nak nampak menarik.. tak kira la lelaki ke perempuan, tapi istilah cantik tu lebih menjurus kepada wanita shj.. ye ke? Errrm rasanya dulu aje, sekarang ni, lelaki ke perempuan semua sama aje..

Kadang-kadang rasa tak faham, sesetengah orang, Sangat menitikberatkan soal penampilan dan gaya tapi lupa yang sebenarnya tak kan bermakna kalau kita ni ada rupa yang cantik, berpenampilan menarik dan sebagainya kalau kita tidak peka pada diri sendiri. 

Sesetengah orang dia mungkin sedar ataupun tidak ambik peduli tentang bau badan mereka. Pernah tak korang berdepan atau terpaksa berurusan dengan "mereka" yang mempunyai bau badan atau nafas yang sangat teruk?. Kadang-kadang nak tegur tapi takut orang tu kecik hati, nak biarkan rasa macam kesian plak.. Rasa-rasanya macam mana kita nak atasi masalah ni?. Banyak yang menyangka bau badan adalah disebabkan peluh?, sebenarnya peluh tidak berbau, bau itu berpunca setelah peluh itu kering dan ia disebabkan tindakan bakteria yang wujud secara semula jadi di atas kulit.

Apa kata korang try tips ni,bagi usaha atasi masalah bau badan :-
  • Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bau yang kuat seperti rempah, bawang, dan makanan pedas.
  • Kerap mandi dan sental bahagian2 yang kerap berpeluh.
  • Pakai pakaian yang menyerap peluh. 
  • Pakai deodoran
  • Banyakkan minum air puteh/kosong
  • Banyakkan memakan sayur dan buah-buahan.
Tips atasi masalah bau mulut :-
  • Kerap memberus gigi dan gunakan listerine or any Mouthwash
  • Jumpa doktor gigi setiap 6bulan sekali.
  • Makan gula-gula atau yg sewaktu dengan nya terutama selepas menjamu selera.
  • Mengunyah setangkai bunga cengkih tiap-tiap hari.
  • Banyakkan minum air puteh/kosong 
Cuba amalkan, lama-lama mesti ada perubahan dalam kita tidak sedar.
NOTE : selalu la standby gula-gula ke apa ke dalam bag. Sebelum kita nak berurusan dengan sesiapa kita makan, lebih-lebih lagi jika selepas kita menjamu selera. Selain tu, kita boleh offer kepada mereka yang berurusan dengan kita jika mereka mempunyai masalah bau mulut. hehehehe



No comments:

Post a Comment