Sunday, June 5, 2011

Edisi Umum : Perbezaan Lelaki dan Perempuan



1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.


Edisi Umum : Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...


Edisi Umum : TIPS MENGATASI PUTUS CINTA

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta.  

Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH.



Edisi Umum : 7 Langkah Bijak Berbelanja




Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.

#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.


Thursday, May 19, 2011

Edisi cerita : JODOH


Jodoh merupakan suatu isu yang tiada siapa dapat menyangkal....... Pabila sudah sampai serunya, tanpa kita sedar hati kita akan terdetik untuk menamatkan zaman bujang........ dengan siapa? walaupun kita sudah mempunyai pasangan, sudah ada pilihan hati, namun jika itu bukan jodoh kita, hubungan tu tak kan kemana, walaupun sepanjang perhubungan tu berlangsung dengan aman dan dikatakan bahagia.

kita tak kan tahu apa yang telah dirancangkan untuk kita, kenapa kita dipertemukan dengan seseorang itu, kenapa kita perlu hidup dengan seseorang itu... kenapa itu dan kenapa ini... terlalu banyak persoalan.. yang nyata tiada siapa yang dapat meneka apa yang bakal terjadi......

Redha adalah kunci kebahagiaan... kenapa wujudnya perasaan sayang? kenapa wujudnya perasaan suka? dan apa pula ertinya cinta kalau kita tak mungkin bersatu?... benar la kata orang cinta perlukan pengorbanan.... melepaskan orang yang kita sayang demi kebaikan bersama adalah bukti cinta.. kerana kita tidak pentingkan diri dan kita sentiasa memikirkan yang terbaik untuk dia walaupun kita amat-amat terseksa..

Adalah satu kesalahan jika kita menerima orang lain demi untuk melupakan orang lain, kerana kita boleh tipu hati orang lain tetapi tidak hati kita, terima lah seadannya.. kerna jalannya telah tertulis... titik pertemuan dan perpisahan itu telah tertulis cuma kita sebagai manusia yang mengatur cara dan langkah... Kita dibentangkan dengan banyak persimpangan, jika kita membuat pilihan yang salah, maka perjalanan kita akan berliku, apa pun harus lebih bersedia menghadapi kenyataan hari muka.......


Edisi Movie : Nur Kasih The Movie


Semalam dating dengan ayune nisa, tgk nur kasih the movie kat cineleisure, penuh wayang tu macam-macam jenis orang datang tengok... Cerita sangat santai.. boleh dikatakan "typical Malay movie" ~ Tetapi hanya penonton yang hanya mempunyai "JIWA" sahaja dapat menghayati dan faham apa yang cuba disampaikan.

Cerita ni banyak mempamerkan erti pengorbanan, ketabahan dan kuasa yang Maha ESA. tapi 1 je aku xpuas hati.. ending dia... aiyOooo tiq bile dh tua jd lain ahahaha xsesuai sgt2..


Monday, May 9, 2011

edisi motivasi : Petua bahagia

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t


Sunday, May 8, 2011

Edisi kreative : Pulut kuning

Pulut kuning pun antara pilihan hantaran yang agak menarik, sebelum ni pernah dah order untuk bday bos.. ahahaha ternyata memang puas hati dan sedap, kira berbaloi la, walaupun mahal skit or harga dia dh mcm beli keke secret receipt tapi pulut kuning ni adalah something yang lain dari yang lain..  Boleh try la order kat akak ni

Jika anda berminat dan nak tengok apa ag yang akak ni tawarkan... korang leh visit blog dia... http://dflowerscake.blogspot.com/ sana ada pelbagai information yang boleh membantu anda :)





Thursday, May 5, 2011

Edisi kreative : kek utk hantaran

Wah!! sekarang banyak sungguh orang buat kek/coklet homemade, dahlah smart... cretive tak ingat punya.. ni nk share la beberapa photo or details peniaga yang cretive ni, coz apa yg diorg buat memang harus dipuji.. Ia sangat sesuai untuk kita buat hantara kawin/tunang or b'day cake/gift...


kalau ada yg minat try email "lydiaoven@gmail.com", sbb dia tak letak pulak no hp dia.. tak pun visit http://lydiaoven.multiply.com/, kat sana ada byk jenis2 kek yg superb creative..


Edisi cerita : Lumrah sebuah percintaan

Berjujurai air mata, sehinggakan dah tak dapat nak dibendung lagi.... Lumrah orang bercinta, walau macam mane teguhpun cinta dan pengorbanan, jika telah tertulis ia tidak kan bersama, maka akan terpisahkan dua insan itu.. Telah dirempuh pelbagai liku.. telah dihadap segala rintangan, hati yang dulunya keras menjadi selembut-lembutnya dan kini mula berderai dan sudah tidak terungkap lagi bertapa luka nya ia~

Sudah dibilang usah bermain dengan api, sudah ditegah dari bermain dengan duri, sudah dihalang dari berumah ditepian pantai.. Dan kini segala keyakinan dan rasa bahagia sudah tiada.. sudah gugur menyembah bumi..Mahu atau tidak, langkah harus diteruskan, walaupun tidak sanggup ia tetap harus dibiarkan berlalu. Tuhan tidak kejam.. Hati yang selalu salah membuat pilihan, akal pula tidak mampu menegah kedegilan hati..Kini binasalah dengan perbuatan sendiri.

Mengapa perlu wujud kekecewaan di dalam percintaan, sedangkan cinta itu adalah perkara yang membahagiakan?, setiap persoalan demi persoalan tidak kan siapa dapat mengungkainya kerana setiap perjalanan kita telah ditentukan oleh yang MAHA ESA, mungkin kerna kealfaan diri yang membuatkan kita terus terbuai dengan mimpi dusta.

Takdir dan waktu penentu segala, Cinta itu adalah pengorbanan.. Setiap tindakkan mahupun keputusan yang dibuat pasti ada kesan disebaliknya tidak kira baik atau tidak. Kadang kala kita menikmati sesuatu dengan penuh rasa nikmat dan kemanisan, sehinggakan kita tidak mempedulikan apa kata mereka yang di sekeliling kita... kenapa mereka perlu bersuara tentang -ve sedangkan kita kelihatan bahagia?....

Kebiasaanya kita akan lupa akan parut yang kita perolehi akibat  dari kemanisan mahupun kebahagiaan lalu. Mencinta dan dicintai adalah dua perkara yang berbeza. Kata orang carilah mereka yang mencintai kita dan bukan kita yang terlalu mencintai.. kerna dengan terlalu mencintai seseorang umpama kita menempah kekecewaan pada masa akan datang.

Belajar untuk menerima.. belajar untuk redha.. belaja untuk setia dan belajalah untuk saling menerima antara satu sama lain. Kebahagiaan adalah terletak dalam diri kita sendiri, jika bahagia yang kita cari, kita pasti perolehi nya, hidup umpama satu perjudian, kita tidak kan tahu mahupun mampu meramal masa depan.. apa yang berlaku pada hari esok ia sebenarnya bergantung pada apa yang kita lakukan pada hari ini.





Thursday, April 14, 2011

Edisi Umum : Tak Puas At atau Jealous?

Susah nak cakap.. tapi bila tak cakap rasa tak puas hati je, bila nak cakap rasa macam buang masa je..sekarang ni rasa macam nak meletop je... setakat ni level sabar aku dah sampai ketekak.... silap-silap haribulan memang ada yang MC sebab kene hentak ni.. huhuhuh macam kuat je kan...

Ragam rakan sepejabat, ye memang normal la, dalam satu pejabat tu mesti ada yang syoik kat kita, ada yang anti kita, ada yang rapat & ada gak yang asyik tak puas hati je ngan kita.. tapi kan kenapa la perlu ada perasaan macam tu? sedangkan tugas kita ke office adalah untuk bekerja dan bukan untuk goyang kaki mahupun cari pasal ngan orang lain....

Pendekkan cerita, ada satu hamba Allah ni, dari dia interview dah poyo gile.. crita nak up je... aku tak tau la apa motive dia ni berperangai macam tu... Aku tak kisah dia tak lawa or lawa.. ni dah la tak bape nak cun perangai plak macam "HARAM"............. since dia keje sini... hobi dia suka crita n buruk-buruk kan orang lain.. apa motive? bile depan kt macam baik je, tp mmg blh nampak dari muka dia yang serba serbi xbape nak menarik tu....Penuh dengan sifat iri at.... Eh aku rimas la bile dia depan aku dia kutuk nya budak-budak itu n ini.. blakang aku dia kutuknya pasal aku kat budak-budak lain... dia tak tahu ke aku ngan budak-budak opis yg lain rapat?? VERY STUPID itu ppuan gile!! Aku memang rasa nk rejam je budak ni... aku xde kene mgena ngan dia.. asal dia xpuas at ngan aku?

menurut kwn2 lain dia jealous ngan aku? jealous utk ape? kalau dia rasa dia bagus pe hal dia nk rasa tak puas at? wey aku tak hadap la segala pujian orang... Dia ni nak dalam opis ni semua suka dia,puji dia... dia la bagus...hebat...pandai...lawa....!! eh ada aku kisah? JUST B UR SELF la....sikit pun aku xperduli....

Antara dialog dia :-

Hamba Allah : Eh fzh tu muka je lawa..tp bodoh..tak reti buat keje...
Budak Opis    : Ye ke? i tgk fzh tu ok je?,dia buat keje dia tak kacau org pun...
_______________________________________________________________________________
Hamba Allah : Bos kita tu kalau tak jumpe or cakap ngan aku sehari mula la mengoyan (sambil buat muka bangga)
Budak Opis   : (just buat muka blur)
_______________________________________________________________________________
Hamba Allah : kete aku ada turbo
Budak opis   : dalam hati sambil cakap gile gempaq kete minah ni, siap enjin kete mati sdri lagi..... sekali tgk bawak kancil je......
_______________________________________________________________________________
Hamba Allah : Dalam opis ni paling aku tak puas at gaji "A" ngan "B" dah lah tak buat keje... tp gaji besar..
Budak Opis   : Wey diorg kan anak owner mmg la xpyh buat keje sgt.. ni company mak dia la...
Hamba Allah : Ye la tp relax je... aku yg keje byk ni gaji skit! aku confirm je aku nk request naik gaji..
Budak Opis   : Naik gaji? aku yg 2thn pun tak pernah dapat naik gaji... confirm keje pun xnaik.... kalau ko dapat naik yg lain2 sure xpuas at pun......
________________________________________________________________________________
Hamba Allah : mesti korang pelik kan tgk aku makan... sbb xde lauk.. nasi kuah n syr je..
Budak Opis    : knp?
Hamba Allah : Owh mak aku veg, so biasa mmg jarang la mkn lauk2 ni...
Budak Opis   : (kata veg badan xslim pun?)

Ya ALLAH tabahkan la at aku ni.... aku takut meletop je, tak pasal2 ade yang hinggap kat muka dia...


Tuesday, April 5, 2011

Edisi Photo Photo : Makan2 session + 2nd Celebration neyna's Birthday

Last Saturday (02 Apr 2011), we all gadis-gadis plan untuk spend time bersama, lokasinya rumah neyna hehehe sebab umah dia luas dan serba lengkap.. Kami dah lama tak buat aktiviti macam ni, sekali sekala memang rasa syoik.. lepak kat umah sama-sama.. yang best masak sama-sama... makan sama-sama.. memang happening la.. masing-masing punya ragam.. kesimpulannya sangat-sangat puas at dan akan merindui susana seperti itu.. InsyaAllah ada kelapangan dimasa akan datang memang we all nak repeat lagi... memang BEST!!

Pada masa yang sama kami nak repeat birthday neyna yang jatuh pada 29 march 2011, saje nk celebrate banyak kali, bagi tuan punya birthday rasa syoik... Menu kami pada session makan-makan ni berkonsepkan Seafood, kami ada "ketam blackpaper, melt batter prawn, tomyam campur, sotong Nestum, Sayur campur, Ikan siakap swit sour" Fuh banyak kan menu?.. tu belum menu sampingan.. Senang Crita... diet kami semua hangus pada ari tu... semua baham food tak ingat...
 

Selain daripada makanan-makanan ni... Kek yang Diorg beli so tempting.. aiyoooo !!

Menarikkan? fuh bahagianya jadi empunya birthday.. bersilih ganti orang nak celebratekan birthday dia.. Syukurla hehehe, Dikesempatan yang ada ni, aku nak wish untuk kali yang tah keberapa.. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun... Semoga peroleh segala yang dihajati dan sentiasa dikurniakan limpahan rahmat dari Ilahi...
















Tuesday, March 29, 2011

Edisi Poem : We Must

Title : We Must
By William Arthur Ward

We must be silent before we can listen.
We must listen before we can learn.
We must learn before we can prepare.
We must prepare before we can serve.
We must serve before we can lead.
 


Edisi Poem :Before You

Title : Before You

Before you speak, listen.
Before you write, think.
Before you spend, earn.
Before you invest, investigate.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.
Before you retire, save.
Before you die, give.
 


Edisi Poem : Start Where You Stand

Title : Start Where You Stand
By Berton Braley

Start where you stand and never mind the past,
The past won't help you in beginning new,
If you have left it all behind at last
Why, that's enough, you're done with it, you're through;
This is another chapter in the book,
This is another race that you have planned,
Don't give the vanished days a backward look,
Start where you stand.

The world won't care about your old defeats
If you can start anew and win success;
The future is your time, and time is fleet
And there is much of work and strain and stress;
Forget the buried woes and dead despairs,
Here is a brand-new trial right at hand,
The future is for him who does and dares,
Start where you stand.


Edisi Poem : Just One


Title : JuSt One

One song can spark a moment,
One flower can wake the dream
One tree can start a forest,
One bird can herald spring.

One smile begins a friendship,
One handclasp lifts a soul.
One star can guide a ship at sea,
One word can frame the goal

One vote can change a nation,
One sunbeam lights a room
One candle wipes out darkness,
One laugh will conquer gloom.


One step must start each journey.
One word must start each prayer.
One hope will raise our spirits,
One touch can show you care.

One voice can speak with wisdom,
One heart can know what's true,

One life can make a difference,
You see, it's up to you!


Edisi photo-photo : Happy Birthday Neyna .....

Semalam 29 March 2011, adalah ulang tahun kelahiran neyna yang ke......hehehe~.. Neyna merupakan seorang nak kata remaja maybe masih dalam lingkungan remaja... yang pasti still maintain cute & cun..... Aku kenal dia since 2007 melalui kawan baik aku.. Masa tu aku baru abiz study and baru je start keje.. kire neyna adalah kawan terbaru masa aku baru start keje :p.

Since kenal tu.. kami banyak kenangan.... banyak activity bersama.... kire memang rapat sangat la masa tu.. sehinggalah sekarang ni... dah tahun 2011.. Macam-macam ragam kami ni... Maklumlah adat la org berkawan.. mesti ada gaduh skit... merajuk ke apa ke :) tapi alhamdulillah sehingga sekarang nilai persahabatan tu masih dapat dipertahankan.. kira buang yang keruh ambil yang jernih la..

So semalam aku memang tak plan apa pun, niat just nak drop by je kat opis dia utk anta coklet as bday gift. tetiba kebetulan ada 2 orang kawan aku free jugak.. so we all plan 2 make it proper la, tu yang beli bunga + ajak lunch :)

Rasa happy sebab dapat buat neyna happy.. "sorry neyna tak dapat nak organize party yang best2" tu je yang kami mampu..... thx 2 zura coz share beli coklet tu.. thx 2 haizum coz dpt join lunch party... and thx a lot kpd cik abg yang turut serta join kami... mane photo dia? eerrrrm pemalu rupanya :p...
Apa pun neyna... usia tak penting..... janji sihat...tenang.......... dan bahagia... aku doakan semoga tercapai segala yang dihajati,dan dibentangkn segala kebaikan didunia dan diakhirat.. all the best... luv u :)


Edisi umum : fitnah cyber

Hari ni baru ada mood menulis, tapi masa pula tak banyak... tapi tak pe aku tulis mana yang sempat je la... Bulan march ni terlalu banyak sangat isu berbangkit, terlalu banyak sangat masalah-masalah yang kadang-kadang macam tak masuk akal je.... Sebab pelik kenapa la masalah macam tu pun boleh timbul.

tiga minggu lalu, aku seharian duk kat umah, layan perasaan........ tetiba member call, malangnya aku tak sempat nak jawab sebab tengah mandi.. pelik jugak kenapa dia call banyak kali?, lepas mandi tu aku tengok kat phone ada plak sms dia " Salam, beb ada masa jumpa aku kat pakli, ada urgent matter, its about u!", Fuh berderau darah aku bile baca msg tu, macam-macam andaian dalam kepala otak aku ni, aku pun return call dia, aku cakap tunggu jap sebab nak siap.

Perjalanan aku dari rumah ke lokasi tersebut mengambil masa dalam 5minit je, bukan jauh pun.. sampai sana member aku 2 orang tunggu, diorang cakap, "ok beb, relax....jangan gabra.. order air dulu"... aku masa tu memang cuak yang tak dapat nak digambarkan lagi.. Lepas tu salah sorang member aku tunjuk hp dia.. dalam tu dia buka 1 portal.. dia cakap baca dengan tenang & sabar~..

Sumpah aku tergamam!!!!!!!!!! Dalam hati aku memang aku menyumpah habis-habisan.... mati akal terus siapa la yang sanggup buat macam ni, yang lagi nak berdarah mata aku ni dalam portal tu banyak gile orang  kene... sian siot banyak cik kak - cik kak lain yang tak bersalah ataupun bersalah  menjadi mangsa fitnah cyber.... Errrm mesti korang nak tau kan apa yang portal tu buat?? FUH!!! Dalam portal tu ada banyak kisah... dan kesemua kisah tersebut ditulis oleh seseorang yang GILE! senang cerita dia curi pic sapa2 yang dia rasa boleh dijadikan watak dalam story dia tu... So dikesempatan yang ada ni aku nak menyampaikan seruan pada gadis-gadis terutama budak-budak yang belum kenal dunia.. BERPADA-PADA LA UPLOAD PIC DILAMAN SOCIAL ANDA! ketahuilah mungkin dalam tidak sedar ada yang berniat tidak baik pada kita, walaupun pic kita tu sopan ke apa ke, orang kalau ada niat jahat selalunya panjang akal, ada je idea.....  Cerita yang ORANG GILE tu tulis semua pasal benda-benda yang tak baik/kotor. korang pk2 la sendiri... Aku baca kisah yang ada pic aku tu tak sampai half sebab mengarut! Yang buat aku marah dan terkilan sangat... kenapa masih wujud sifat macam ni? kenapa orang tu perlu berkelakuan macam tu?.. Hanya Allah je la yang dapat balas segala perbuatan dia...

SO KESIMPULANNYA~ kepada kawan-kawan or sesiapa sahaja la.... hidup ni memang banyak ragam.. kadang-kadang kita dijadikan mangsa tanpa sebab.. Tapi percaya la, setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya... kalau kita tenang, dapat berfikir secara waras dan rasional apa pun masalah yang mendatang kita pasti dapat tanganinya.. Orang fitnah kita... Tu biarkan tuhan yang balas, sebab kita tak mampu halang... Berbalik pada kes aku tadi.. masalah aku telah diselesaikan oleh member aku tu.. Tq so much ....... sgt hargai....

NOTE : Berhati-hati la dalam berkawan.. kalau rasa tak perlu.. tak kenal.. takde related or apa-apa la yang dirasakan tidak perlu...tak payah la kawan... kita sebenarnya tak tahu dengan siapa sebenarnya kita bergaul.. kadang-kadang kita main approve je "new fren" yang add kita dilaman social kita... kalau yg add tu normal.. baik alhamdulillah.. tapi kalau ngok ngek? mampus kita hehehe...... 


Monday, March 7, 2011

Edisi Umum : Surat Cinta

Surat ni aku receive dua ari lepas, mula2 aku baca aku blur. skit. pastu terus aku tersenyum... Zaman serba canggih, berteknologi stil ada surat cinta kan..? Unik.... traditional sungguh... Tapi surat ni lain dari yang lain.. the best part is dia tulis sendiri...... idea mmg superb!  aku sangat terharu dengan apa yang dia buat.. Rasanya susah nak jumpe lelaki macam ni, secara peribadinya aku memang mengenali lelaki ni....pernah jumpa atas urusan kerja, selalu communicate melaui sms/call related ngan urusan kerja not personal issue.. dia akan kerap menghangtar msg untuk bertanya khabar.. Nice!! walaupun aku tak balas msg dia... walaupun respond yang aku bagi xseperti yang dia harapkan but he still being nice 2 me... ni la baru gentleman ~

Surat cinta ni macam "cover letter", but dia letak term2 cinta tu nampak unik.. aku just share apa yg aku dapat dr seseorang yang jiwanya penuh dengan cinta chewah :) ..............

Dearest Faezah Radzuan

Above matter is referred.

I am very happy to inform you that I have fallen in love with you since October,2009. With reference to the teleconference held between us in December 2010 at 1300 hours, I would like to present myself as a prospective lover. Our love affair would be on probation for a period of no less than three months and depending on compatibility, would be made permanent.

Of course, upon completion of probation, there will be continuous relationship training and relationship appraisal schemes leading up to promotion from lover to spouse. The expenses incurred for coffee and entertainment would initially be shared equally between us. Later,based on your performance, I might take up a larger share of the expenses. However I am broad-minded enough, to be taken care of, on your expense account.

I hereby requesting you to kindly respond within 30 days of receiving this notice, failing which, this offer would be cancelled without further notice and I shall be considering someone else. I would be happy,if you could forward this letter to your sister, if you do not wish to take up this offer.

Thanking you in anticipation.

Yours faithfully,
xoxo :p

Note : kepada xoxo thx for cheer up my day .. sampai bile2 pun sy akan ingat ~ :)





Sunday, March 6, 2011

Mengorat Awek~ Gile Gentle mamat ni....

Semalam 06 Mac 2011 lebih kurang jam 7 petang macam tu, aku dan beberapa teman lama (ex-kolej) lepak di pakli sec7.. Ada la salah sorang member kitorang ngan gentlenya... perh memang macam tak percaya .... tanpa we all sedar dia boleh plak tegur 1 minah ni di table sebelah.. Terkejut kitorang semua ni.. ingat kan dia kenal rupa nya dia try luck aje.. Gile laju mamat ni cari peluang nak ngorat.

kitorang semua tengah duduk sembang2 tetiba dia bangun.. terus g meja sebelah.. minah tu tengah makan sorang2, macam tak leh blah pi tegur minah tu utk pinjam lighter ahahaha, padahal dalam poket ia dh ada lighter.. gile skill mamat ni.. The best part nya.. dia boleh duduk ngan minah tu borak2? OMG so fast rite? tp nak kata apa dah rezeki dia..

awek tu blh dikatakan cun.. puteh dan gebu yer... patutlah member ktorg ni laju je langkahnya... ahahahaha.. abiz je dia sembang ngan minah tu, terus dia nak blah.. dia kata ada hal.. perh!! mmg langsuir sungguh kan ahahaha.. Itu lah lelaki.... first move tu penting... xrugi mencuba nasib.... kalau dapat rezeki... tak dapat xpe.. boleh cuba lagi :p 

Tak ramai perempuan suka makan menyendiri.. unless dia tengah tunggu member atau ingin menyendiri.. Memang tak salah pun nak tegur orang yang kita tak kenal.. tp ada bahayanya sebab kita tak tahu dengan sapa kita bercakap... skill ngorat ni ada banyak jenis.. susah nak predict... kalau aku la kene tegur mcm tu... confirm aku xlayan... sebab aku ni pemalu .. chewah ~ mane tak nyer banyak mata yang memandang ...

Tapi apa pun.. aku tabik la kat member aku ni... tahniah2 kerana berani mengambil peluang yang terbentang luas... :p ... harap2 hasil first dating semalam memberikan respond & memory indah ahahaha :), mane tau ada jodoh diorg kan... history kenal d pakli sec 7.. buat2 nak pinjam lighter..  akhirnya menghasilkan kenanagan  dalam hidup mereka, sapa tau kan... kepada lelaki2 yang diluar sana... ingat yer first move tu penting... kuikuikui :)


Monday, February 21, 2011

Edisi Photo Photo : fren's dan aktiviti

22 Febuari 2011 yang baru je berlalu, kami dan beberapa rakan yang lain, merancang untuk buat kejutan untuk seorang teman yang menyambut ulang tahun kelahirannya. Kami plan seminggu sebelum, pada awalnya nak buat BBQ di "swimmingpool" rumah neyna, tapi masa tu "fullybook", lepas tu kami tukar plan dari BBQ ke steamboat. Steamboat simple but penyediaannya agak rumit la jugak...

Ini la birthday girl, seorang cik kak yang sangat chomel dan sangat baik dari segi hati dan juga budinya.. cuba tengok macam anak dara kan?.. tapi sebenarnya mak orang hehehe, anak ramai.. tp body maintain solid yer :)

ini la menu utama kami, banyak pilihan kan.... memang makan sampai takde ruang ag dah.. maximum....
ni adalah menu sampingan :) mane tak full dibuatnya.... yang steamboat penuh meja, ni pulak nak baham.. belum desert lagi ......

geng gadis-gadis, kebanyakkan mereka sudah berstatus.. tinggal aku n neyna aje yang menunggu giliran siapakah selepas ini :p  Yang pasti usia dan status itu bukan la isu yang penting. tapi nilai persahabatan dan kasih sayang yang terjalin antara kami itu yang penting. Bukan mudah nak faham dan nak kekalkan "frenship" kalau tidak kene gayanya. Tapi alhamdulillah semua masih baik.. dan ini akan menjadi kenangan 2011 :)


Edisi Lelaki : Ego kah lelaki?

Lelaki memang egonya sangat tinggi, kadang- kala sampai memakan diri sendiri, Sebagai seorang lelaki sifat ego itu penting dan seharusnya ada dalam jiwa mereka. Tak salah jika ada perasaan Ego, Tapi harus la kene pada tempatnya dan bukan jadikan Ego itu satu amalan harian hidup mereka. Kenapa lelaki perlu ada rasa Ego? Pada siapa Sifat Ego itu ditujukan? Dan adakah wajar bersifat begitu?.Jika dikaji mahupun ditafsirkan, Ego itu luas maknanya, ia terlalu subjektif untuk diertikan, setiap insan punyai maksud dan terjemahan ia sendiri, dan Ego itu sendiri boleh di tafsir dengan macam-macam cara.

Dalam hidup lelaki dia tak suka diperintah, Diarah-arah buat itu dan ini seolah-olah dia ni tak tahu apa-apa?,  Lelaki jarang sekali nak mengaku kelemahan mereka, depan nampak sempurna, dalam tonggang langgang.. Bila ada yang menegur atau cuba beri tunjuk ajar, mereka mula kepala angin.. Tu namanya bodoh sombong.. Macam mana nak atasi atau berdepan dengan orang macam ni?.. Jalan terbaik gunakan bahasa yang sesuai mengikut penerimaan orang yang dituju itu, jika perlu gunakan contoh yang terbaik serta alasan yang dirasakan wajar.

Lelaki tak boleh terima kalau pasangannya lebih bagus dari segi pelajaran mahupun pendapatan. Tak semua lelaki macam ni, ada lelaki yang akan rasa bangga jika pasangannya mempunyai pencapaian yang jauh lebih tinggi darinya. Tapi kalau yang tak boleh terima, parah la jawabnya. Apabila ia nampak kekuatan mahupun kemampuan pasangannya dia akan mula menyekat dan memberikan alasan tidak munasabah.. Padahal diri dia sendiri serba serbi kekurangan, dia tetap tidak membenarkan pasangannya membantu.. Susah kalau berdepan dengan lelaki macam ni, apa jua alasan yang kita berikan, dia tetap akan membantah.
 
Jangan dipersoalkan setiap keputusan yang dibuat oleh lelaki. Wah!! tak kan kita tak boleh persoalkan? kalau dah keputusan yang di buat tidak adil ataupun salah tak kan kita nak terima mentah-mentah?.. Mungkin kita boleh cuba berbincang, cuba cari dan buat keputusan bersama.. Baru la wajar kan? Tapi lelaki ni memang la pelik... kerana egonya walaupun kadang-kala keputusan yang dibuat itu salah atau kurang tepat dia tetap berdegil..

Tapi percaya tak yang lelaki biasa nya akan mendengar kata seorang wanita.. sekurang-kurangnya seorang wanita dalam hidupnya.. Ada sesetengah lelaki bila dia terlalu sayangkan isteri dia akan mendengar apa sahaja nasihat dari isterinya dan ia akan membuat pertimbangan sewajarnya.. Ha sikap seperti ini bagus.... Mendengar dan cuba mentafsir dengan baik... tapi kebanyakkan lelaki lebih selesa dan akan buang ego mereka dari ibu mereka.. Sebab hubungan seorang ibu dengan seorang anak lelaki  jauh lebih rapat jika nak dibandingkan hubungan seorang ibu dan anak perempuannya :)

jika kita mempunya pasangan/ suami yang terlalu ego, cuba tackle ibunya dahulu, kalau kita berjaya menawam hati ibunya.. InsyaAllah ego mereka juga kita mampu atasi, sebab ibu akan menasihatkan anaknya dari apa juga segi, dan kebiasaanya anaknya akan mendengar walaupun pada awalnya berkeras, mahupun kurang setuju. tapi dalam diam ia akan cuba mempertimbangkan  nasihat ibunya. Ibu adalah segala-galanya bagi seorang anak lelaki.. Percayalah



Thursday, February 17, 2011

Edisi Umum : Suka ke suka-suka?

Suka ke suka-suka?, Eh apa bezanya nyer.. rasanya sama je kan.. Suka tu maknanya kita tertarik pada sesuatu pekara, bila kita suka, maka kita akan meminatinya.. Bila kita mula meminatinya, lama-lama kita akan tertarik. Bila kita dah tertarik lama-lama kita akan rasa seronok melaluinya... Wah besar sungguh pengertian suka ni.. Bila kita suka kita tak kisah pun, kita lalui dan tempuhi semuanya... Bila kita suka, kita sanggup buat apa sahaja, kita tak kisah apa pun... Ye la dah suka, makan diri pun kita tak kisah.. Biasanya kita akan terleka pada benda yang kita suka. Owh!! sungguh bahaya kan?

Apa yang boleh membuatkan kita suka pada sesuatu perkara tu?, suka sebab apa? kenapa walau kita dah boleh jangka kesan buruk pada diri kita, tapi kita masih berani untuk mencuba? yang peliknya bila sesuatu perkara yang kita tidak suka, walaupun ia baik untuk diri dan masa depan kita.. kita masih susah nak terima? adakah sebab kita ni terlalu ikutkan perasan sehingga gagal mentafsir kebaikan?. Eh.. jangan diikutkan perasaan sangat, kelak merana diri... Tak percaya cuba la~

Apa itu suka-suka?, Errrm suka-suka ni dalam erti kata yang mudah untuk difahami ialah sesuatu perkara yang kita seronak untuk lakukan tanpa ada niat untuk serious, bila orang tanya kenapa kita buat benda itu atau ini, jawapan kita "ala saje suka-suka",.. Kebanyakkan kita semua banyak yang tersalah tafsir istilah suka dan suka-suka... Itu sebab banyak orang kecewa atau perasan :p.

Jika kita mentafsirkan istilah suka mahupun suka-suka dalam sesebuah perhubungan, jawapannya akan jadi lain. Suka ni ada banyak sebab, Suka sebab kita selesa, suka sebab kita rasa tertarik, suka sebagai kawan, Suka sebab sesuatu itu menarik perhatian kita. Ada sesetengah orang, apabila ia rasa tertarik, suka pada sesuatu dia akan usaha untuk mendapatkannya.. Setidaknya mendapatkan kepastian, Dalam erti kata lain, mencuba.. Mencuba untuk apa? Mencuba la untuk kenal pasti suka dia tu sebenarnya suka apa?,Apabila ia mencuba, dan hasilnya kurang memuaskan maka ia akan jadi suka-suka.. Parah la kalau dah jadi suka-suka..

Dalam dunia sekarang ni, kita dibentangkan dengan pelbagai pilihan dan ragam, kadang-kala apabila sesuatu yang dulunya berharga kini sudah tiada nilainya.. Sebab apa? Sebab kita tak tahu menghargainya dan sekadar suka-suka sahaja.. akhirnya nilai yang dulunya tinggi, akhirnya susut... Sebagai Seorang manusia yang dikurniakan akal yang sempurna, apa pun jua yang dibentang dihadapan kita, harus la ditafsir dengan sebaik mungkin jangan la main redahnya.. Nanti hasilnya menghampakan..

Tanya diri kita sendiri, apakah kepentingan sesuatu perkara tu pada diri kita, apakah kerna kita benar-benar menyukainya atau sekadar suka-suka, ingin berseronok dan hanya untuk menikmatinya. Jika sekadar suka-suka, haruslah kita mengkaji keperluan dan kesan nya tidak kira untuk masa pendek atau jangka masa panjang kepada diri kita sendiri. 

NOTE : TUHAN itu adil, setiap tindak tanduk kita sentiasa diperhatikan dan kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang setimpal tidak kira masa,tempat mahupun keadaan.. Cara yang paling terbaik, berbuat baik pada semua, berfikiran +ve, dan berkelakuanlah sewajarnya.. Ingan Jangan Jadi manusia penting diri.. Sekian~ :)



Monday, February 14, 2011

Edisi Umum : antara cinta dan sahabat

Hari ini, kita menangis kerna terluka, hati tersentuh kerana disakiti.. Dikhianati oleh seseorang yang kita sayangi dan cintai, masa kita bahagia, kita lupakan kawan-kawan, kita abaikan semua, kononnya cinta kita lebih bermakna dari kawan-kawan. Sekarang bila kita sedih, bila cinta kita tinggalkan kita, siapa yang ada disamping kita untuk damaikan hati kita?, Cinta kita dah tak pedulikan kita lagi, malah dikatanya kita macam-macam, seolah-olah kita menyusahkan dia, kita tak berguna pada dia. Dulu kata nak sehidup semati, sekarang tengok muka kita pun dia rasa azab macam nak mati. Padahal kita tak buat salah pun, kita sama aja macam dulu. Apa yang tak kene Cinta kita tak nak bagi tau kita, macam mana kita nak betulkan keadaan kalau Cinta kita tak nak bagi peluang?.

Tiap-tiap hari kita termenung, kita nangis.. Kita bercakap sorang-sorang.. Ya Allah, macam mana kita nak pulihkan keadaan.. Selama ni kita dah cuba buat yang terbaik, kita dah cuba ikut dan penuhi kehendak Cinta, kenapa sekarang ni, semua bertukar menjadi bencana?. Apa sebenarnya yang Cinta kita mahukn?

Satu hari, sedang kita duduk di taman, tiba-tiba kita disapa oleh kawan baik kita, Kawan kita cakap dia datang rumah cari kita, dia cuba call kita tapi kita taknak jawab, Kawan kita kata dia tahu yang kita tengah sedih.. Dia tahu kita tengah kecewa.. Dan tiba-tiba Kawan kita marah, Marah sangat-sangat, Kita tunduk dan diam je, dah la kita tengah sedih, dia tambah sedih kita lagi.. Kawan kita tengok kita sedih, pastu dia terus peluk kita, dia cakap dia sayang kita, biarpun kita pernah lupakan dia, tapi kita tetap ada dalam hati dia, Kita terus tergamam, Kita betul-betul tak sangka yang masih ada yang sayangkan kita setelah apa yang kita lakukan. Kawan kita kata, Dia akan selalu ada untuk Kita dalam susah mahupun senang. Ikatan persahabatan itu tak mungkin terlerai begitu sahaja, ia akan tertanam bersama jahadnya pabila ia mati nanti.

Air mata kita berjujuran jatuh mendengar kenyataan kawan kita, Sungguh bermakna kita dalam hidupnya.. Sedangkan dulu masa Cinta ada dengan Kita, kita buang dia macam tu sahaja.. Baru kini kita sedar, Cinta kita boleh cari mahupun bertukar ganti, tapi kesetiaan seorang sahabat itu tidak mudah untuk dicari ganti.. Kita bersyukur kerana kita ada kawan seperti dia, sejak dulu lagi dia sangat sabar dan suka mengalah. Apa sahaja masalah yang kita hadapi pasti dia ada untuk membantu. Kenapa kita jahat dan bodoh sangat?, Kenapa kita lupa yang Kawan kita itu JAUH LEBIH BERNILAI dari CINTA kita tu??, Kita tak dapat nak maafkan diri kita... 

Setelah hati kita terubat, kita berjanji dengan kawan kita, yang kita tak kan ulangi kesilapan lalu, Kita berjanji kita tak bercinta lagi sehingga kita tamat pengajian nanti. Kami bahagia bersama-sama, Kami dapat melanjutkan pelajaran dia Universiti yang sama, Dan memilih bidang yang sama, Kami berjanji akan berlaja dan saling bantu membantu. Ya Allah besarnya nikmat yang Engkau kurniakan pada ku..

Kini hampir 6 bulan berlalu, Satu hari sewaktu kita dan kawan kita hendak mendaftar di universiti, tiba-tiba kita didatangi oleh seseorang yang pernah kita kenali suatu ketika dahulu. Dia tunggu kita disuatu sudut, dia pegang bunga yang kita suka. Terkejut kita rupanya Cinta datang jumpa kita. Dia berikan kita bunga tu, cinta kata tahniah, dan dia bangga dengan kita. Dia mohon maaf diatas kesilapan dia yang lalu.Masa tengah sembang tu,Kawan kita tengok je dari jauh, dia senyum je.. Kita serba salah. Cinta kata dia nak menjelaskan keadaan sebenarnya. Mula-mula tu kita rasa happy sangat.. kita hampir terlupa janji kita.

Kita tarik nafas dalam-dalam, lepas tu kita histifar banyak-banyak.. kita bagitau Cinta elok-elok yang kita dah serik dan kita tak nak dengar sebarang penjelasan lagi, yang dah berlalu kita dah buang jauh-jauh, kita tak benci cinta tapi kita tak boleh terima cinta kembali, sebab luka yang cinta bagi begitu menyeksakan dan pedih. Cinta terus nangis bila dengan kita cakap macam tu, kita bagi tau cinta, kalau dia cintakan kita, ikhlas lah dengan dirinya dulu, hati kita tetap sama, cuma kita tak nak bercinta lagi. Kalau Cinta rasa nak tunggu kita, tunggu la kita habis belajar, Kita akan simpan Cinta kita ni untuk Cinta je.. Pastu terus kita tinggalkan Cinta.

Akhirnya kita berjaya kuatkan hati kita, Terima kasih sebab kawan kita banyak membantu kita. Kawan kita yang megajar kita jadi matang..




Edisi Umum : Perlu ke Bercinta Sebelum Kawin?

Sudah menjadi lumrah hidup perlukan kan pasangan.. Tak kisah la macam mane rupa pasangan tu, janji kene ada pasangan. Persoalannya disini perlu ke Bercinta sebelum kawin? atau perlu ke bercinta dalam tempoh yang lama sebelum membuat keputusan untuk berkahwin? atau wujud istilah "try and error?".

Persoalan demi persoalan akan timbul .. Orang bercinta untuk apa? adakah satu kewajipan atau hanya untuk menikmati perasaan cinta tu.. Biasa kita akan dengar... Rata-rata mereka yang mempunyai pengalaman bercinta akan kata, "masa bercinta indahnya", dah kawin?? Ha tungguuuu.......... sikap dan perwatakan pasangan kita akan berubah sehinggakan kita seperti tidak pernah mengenalinya.. Kenapa macam tu? Apa yang silapnya?.. Mana kurangnya? bila semua ni terjadi, kita makin binggung.. mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan.

Kata orang, kejujuran itu penting dalam sesebuah perhubungan.. Ya memang la kene jujur, bukan kata dalam percintaan, malah kejujuran itu adalah satu sifat yang harus diterapkan dalam jiwa setiap insan.. Tapi nak jujur macam mana?, kadang-kadang serba salah dibuatnya, nak terus terang takut pasangan kita sakit hati/kecil hati.. tak terus terang takut makan dalam.. Agak-agaklah macam mana nak buat?.

Cuba kita lihat diri kita, lihat sikap sendiri.. nilai dan cuba renungkan.. hanya kita yang tahu diri kita ini siapa, tidak perlu menunding jari mahupun mencari salah orang lain.. Dalam dunia ini tidak ada yang sempurna, setiap manusia yang diberikan kekuatan pasti ada kelemahannya, setiap yang ada kebijaksaaannya pasti ada kebodohannya.. Tapi mereka ini pandai menyembunyikannya.. malah tahu mengatasinya.. Jadi kenapa kita tak boleh?

Bila hati kita tercuit meminati seseorang.. sudah pasti kita akan terpanggil untuk cuba mengenali orang itu.. siapakah ia?,dari mana?apa pekerjaannya?,baik kah ia? dan sebagainya... Dalam BERCINTA tiada istilah paksaan, semuanya dipandu oleh hati, dan akal mentafsirkan sebelum apa-apa tindakan di buat. Kenapa kita perlu mengenali seseorang itu dalam tempoh yang lama? sedangkan hati kita tahu apa yang kita mahukan daripadanya?..

Sekarang ni dah menjadi 1 tradisi pula, bercinta dengan orang lain, kawin pula dengan orang lain?. Tak ke membuang masa namanya? Mungkin juga Cinta itu satu kepelruan, Perkahwinan itu satu kewajipan?.. Ada pendapat mengatakan, bercinta selepas berkahwin nikmatnya lebih besar, kerana apabila sudah berkahwin, kita mempunyai ikatan yang sah, perasaan segan masih ada, kita akan lebih berhati-hati dalam perbuatan, maklumlah tak berapa kenal/belum terbiasa.. Bila ada perasaan segan, tiap tingkah laku kita dapat di kawal. Kita seboleh-bolehnya tidak akan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh melukakan hati pasangan kita.

Tapi kalau dah bercinta lama? dah takde apa nak disegankan.. malah semua main redah, main asal boleh, soal perasaan pasangan kita,kita akan ambil mudah sahaja. Kita tidak peka mahupun rasa sensitif. Banyak kita dengar, bercinta 10tahun, kawin tak sampai 3bulan.. Apa sebab semua tu boleh berlaku? bila disoal, meraka jawab tiada keserasian. Habis apa guna bercinta lama-lama tu? tak cukup kenal ke?. 

Kesimpulannya, Hidup ini nampak mudah, tapi setiap manusia punyai halangan dan ujian yang berbeza-beza, hanya kerana kesilapan kecil yang kita lakukan tidak kira dalam keadaan sedar mahupun sebaliknya,  kesannya akan memakan diri, Hidup haruslah bersikap adil tapi harus adil pada diri sendiri  terlebih dahulu, dan kemudian baru la secara semula jadi kita akan berlaku adil pada pasangan kita mahupun mereka yang berada disekeliling kita. Belajar mengenal diri sendiri, dan kemudian belaja hormati perasaan orang lain. 

NOTE : Jangan mengharapkan balasan pada setiap  kebaikkan yang kita lakukan. Sebaliknya lakukan dengan keikhlasan, kerana ganjaran yang bakal Dikurniakan oleh Allah jauh lebih besar nikmatnya.. Moga kita sentiasa dilindungi dan sentiasa dipandu oleh kebaikkan.. InsyaAllah


Saturday, February 12, 2011

Edisi lelaki : lelaki gelojoh?

Lelaki tak kan ngaku yang sebenarnya mereka ni agak gelojoh dalam sesetengah aspek.. atau sebenarnya mereka tak sedar pun mereka ni gelojoh.. ye ke? tang mana gelojohnya? Dari segi memilih pasangan terutamanya.. Rata-rata lelaki kalau ditanya soal jodoh.. benda pertama yg dia kata mesti nak yg cun.. sedap mata memandang.. body kene cantik.. bukannya dia nak kenal at budi. dulu. pastu bile dh suka langsung approach .. wah xpk panjang ni.. kalau org tu ada bf, sanggup jd kekasih gelap or menunggu giliran.. tak pun dia tackle sampai dapat.. katanya itu baru cabaran... perhh dasyat yerk..

Ada setengah lelaki dia suka memaksa, memerintah.. lagak macam dia bagus je, dia tak tau sikap dia buat perempuan meluat dan jemu. Agak-agak la kalau nak memerintah pun, awk tu siapa dengan kita? unless ada ikatan yang kukuh, macam tunang or suami isteri.. kalau sekadar berpacaran.. henti2kn la tabiat tu kn.. antara kegelojohan lelaki yang dpt dikesan ialah :-
  • Time Approach Gf
  • Time Makan
  • Time Driving
Ada 1 kes pernah terjadi..masa tu tahun 2007, aku jumpa 1 mamat ni, bkenalan la mcm biasa.. wey tak dinafikan mmg aku agak cair la, tapi yang buat aku turn off,dah la baru kenal, cakap direct, ajak kawin terus.. Eh!! mmg aku pelik la, dah la baru kenal.. suka at aje ajak kawin.. sejak tu aku malas dah nk rapat-rapat.. memang aku ngelak je .. pas setahun lebih tu, jumpa balik.. langsung pegang tangan dan mintak kita bg dia peluang? peluang apa nya kalau dah gelojoh macam tu?

Bab makan... style bukan main macho, cakap bukan main control.. tang makan hancuss.. dah la lahap  makan berbunyi.. jenis polok2 je.. geli nya! relax la kan,makan tu biar la sopan-sopan.. bukan nye makanan tu nak lari dari dia..pastu makan comot.. serious memang geli... Padahal kita boleh menilai seseorang itu dari cara dia makan.

During driving pun ada yag gelojoh.. Pelik kan, kenapa lelaki kalau drive lagak macam jalan tu dia punya? macam dia je yang hebat kat muka bumi ni? bawak nak laju, pastu kalau orang pangkah jalan dia, kalau blh dia nak pangkah balik.. kalau kreta depan bawak slow, abiz kalau nlh dia nk langgar kita.. kuar simpang, tak ikut undang-undang langsung! huhu tp bukan semua lelaki mcm ni, lelaki yang kurang peka je sikap mcm ni..

NOTE: cuba korang fikir dan renungkan.. agaknya la apa la yang boleh dikaitkan dengan gelojoh ni?






Friday, February 11, 2011

Edisi Bercuti : cherating AUG 2007

ini adalah percutian pertama dalam hidup aku.. masa ni nak dapat permission mcm nak mati... mmg xdpt punya.. last aku pergi mcm tu je, dh mcm lari rumah pun ade.. time ni akak aku gile naik angin.. hehehe..Kami masa ni jiwa tengah muda.. darah muda.. kuat memberontak, tp tu aku je la, yg lain2 steady aje hehehe..  tp kan masa bcuti ni, aku x ingat sgt mane je tempat n lokasi yg kami kunjungi.. apa nk buat semua kwn2 tau aku mmg memory lost! Ahahah
Masa ni kami bertiga sangat akrab, byk la aktiviti bersama-sama...
 windu la time ni, byk kenangan wow.. tul tak neyna & rozie :)
kenangan tetap kekal sbg kenangan.. tak kisah la skrg ni kt dh jd apa pun.. ia tetap tpahat dihati, n bile d kenang kembali segala yg indah mahupun tak indah kt akan ingat balik.... luv u all :)