Thursday, May 5, 2011

Edisi cerita : Lumrah sebuah percintaan

Berjujurai air mata, sehinggakan dah tak dapat nak dibendung lagi.... Lumrah orang bercinta, walau macam mane teguhpun cinta dan pengorbanan, jika telah tertulis ia tidak kan bersama, maka akan terpisahkan dua insan itu.. Telah dirempuh pelbagai liku.. telah dihadap segala rintangan, hati yang dulunya keras menjadi selembut-lembutnya dan kini mula berderai dan sudah tidak terungkap lagi bertapa luka nya ia~

Sudah dibilang usah bermain dengan api, sudah ditegah dari bermain dengan duri, sudah dihalang dari berumah ditepian pantai.. Dan kini segala keyakinan dan rasa bahagia sudah tiada.. sudah gugur menyembah bumi..Mahu atau tidak, langkah harus diteruskan, walaupun tidak sanggup ia tetap harus dibiarkan berlalu. Tuhan tidak kejam.. Hati yang selalu salah membuat pilihan, akal pula tidak mampu menegah kedegilan hati..Kini binasalah dengan perbuatan sendiri.

Mengapa perlu wujud kekecewaan di dalam percintaan, sedangkan cinta itu adalah perkara yang membahagiakan?, setiap persoalan demi persoalan tidak kan siapa dapat mengungkainya kerana setiap perjalanan kita telah ditentukan oleh yang MAHA ESA, mungkin kerna kealfaan diri yang membuatkan kita terus terbuai dengan mimpi dusta.

Takdir dan waktu penentu segala, Cinta itu adalah pengorbanan.. Setiap tindakkan mahupun keputusan yang dibuat pasti ada kesan disebaliknya tidak kira baik atau tidak. Kadang kala kita menikmati sesuatu dengan penuh rasa nikmat dan kemanisan, sehinggakan kita tidak mempedulikan apa kata mereka yang di sekeliling kita... kenapa mereka perlu bersuara tentang -ve sedangkan kita kelihatan bahagia?....

Kebiasaanya kita akan lupa akan parut yang kita perolehi akibat  dari kemanisan mahupun kebahagiaan lalu. Mencinta dan dicintai adalah dua perkara yang berbeza. Kata orang carilah mereka yang mencintai kita dan bukan kita yang terlalu mencintai.. kerna dengan terlalu mencintai seseorang umpama kita menempah kekecewaan pada masa akan datang.

Belajar untuk menerima.. belajar untuk redha.. belaja untuk setia dan belajalah untuk saling menerima antara satu sama lain. Kebahagiaan adalah terletak dalam diri kita sendiri, jika bahagia yang kita cari, kita pasti perolehi nya, hidup umpama satu perjudian, kita tidak kan tahu mahupun mampu meramal masa depan.. apa yang berlaku pada hari esok ia sebenarnya bergantung pada apa yang kita lakukan pada hari ini.





No comments:

Post a Comment