Monday, February 21, 2011

Edisi Photo Photo : fren's dan aktiviti

22 Febuari 2011 yang baru je berlalu, kami dan beberapa rakan yang lain, merancang untuk buat kejutan untuk seorang teman yang menyambut ulang tahun kelahirannya. Kami plan seminggu sebelum, pada awalnya nak buat BBQ di "swimmingpool" rumah neyna, tapi masa tu "fullybook", lepas tu kami tukar plan dari BBQ ke steamboat. Steamboat simple but penyediaannya agak rumit la jugak...

Ini la birthday girl, seorang cik kak yang sangat chomel dan sangat baik dari segi hati dan juga budinya.. cuba tengok macam anak dara kan?.. tapi sebenarnya mak orang hehehe, anak ramai.. tp body maintain solid yer :)

ini la menu utama kami, banyak pilihan kan.... memang makan sampai takde ruang ag dah.. maximum....
ni adalah menu sampingan :) mane tak full dibuatnya.... yang steamboat penuh meja, ni pulak nak baham.. belum desert lagi ......

geng gadis-gadis, kebanyakkan mereka sudah berstatus.. tinggal aku n neyna aje yang menunggu giliran siapakah selepas ini :p  Yang pasti usia dan status itu bukan la isu yang penting. tapi nilai persahabatan dan kasih sayang yang terjalin antara kami itu yang penting. Bukan mudah nak faham dan nak kekalkan "frenship" kalau tidak kene gayanya. Tapi alhamdulillah semua masih baik.. dan ini akan menjadi kenangan 2011 :)


Edisi Lelaki : Ego kah lelaki?

Lelaki memang egonya sangat tinggi, kadang- kala sampai memakan diri sendiri, Sebagai seorang lelaki sifat ego itu penting dan seharusnya ada dalam jiwa mereka. Tak salah jika ada perasaan Ego, Tapi harus la kene pada tempatnya dan bukan jadikan Ego itu satu amalan harian hidup mereka. Kenapa lelaki perlu ada rasa Ego? Pada siapa Sifat Ego itu ditujukan? Dan adakah wajar bersifat begitu?.Jika dikaji mahupun ditafsirkan, Ego itu luas maknanya, ia terlalu subjektif untuk diertikan, setiap insan punyai maksud dan terjemahan ia sendiri, dan Ego itu sendiri boleh di tafsir dengan macam-macam cara.

Dalam hidup lelaki dia tak suka diperintah, Diarah-arah buat itu dan ini seolah-olah dia ni tak tahu apa-apa?,  Lelaki jarang sekali nak mengaku kelemahan mereka, depan nampak sempurna, dalam tonggang langgang.. Bila ada yang menegur atau cuba beri tunjuk ajar, mereka mula kepala angin.. Tu namanya bodoh sombong.. Macam mana nak atasi atau berdepan dengan orang macam ni?.. Jalan terbaik gunakan bahasa yang sesuai mengikut penerimaan orang yang dituju itu, jika perlu gunakan contoh yang terbaik serta alasan yang dirasakan wajar.

Lelaki tak boleh terima kalau pasangannya lebih bagus dari segi pelajaran mahupun pendapatan. Tak semua lelaki macam ni, ada lelaki yang akan rasa bangga jika pasangannya mempunyai pencapaian yang jauh lebih tinggi darinya. Tapi kalau yang tak boleh terima, parah la jawabnya. Apabila ia nampak kekuatan mahupun kemampuan pasangannya dia akan mula menyekat dan memberikan alasan tidak munasabah.. Padahal diri dia sendiri serba serbi kekurangan, dia tetap tidak membenarkan pasangannya membantu.. Susah kalau berdepan dengan lelaki macam ni, apa jua alasan yang kita berikan, dia tetap akan membantah.
 
Jangan dipersoalkan setiap keputusan yang dibuat oleh lelaki. Wah!! tak kan kita tak boleh persoalkan? kalau dah keputusan yang di buat tidak adil ataupun salah tak kan kita nak terima mentah-mentah?.. Mungkin kita boleh cuba berbincang, cuba cari dan buat keputusan bersama.. Baru la wajar kan? Tapi lelaki ni memang la pelik... kerana egonya walaupun kadang-kala keputusan yang dibuat itu salah atau kurang tepat dia tetap berdegil..

Tapi percaya tak yang lelaki biasa nya akan mendengar kata seorang wanita.. sekurang-kurangnya seorang wanita dalam hidupnya.. Ada sesetengah lelaki bila dia terlalu sayangkan isteri dia akan mendengar apa sahaja nasihat dari isterinya dan ia akan membuat pertimbangan sewajarnya.. Ha sikap seperti ini bagus.... Mendengar dan cuba mentafsir dengan baik... tapi kebanyakkan lelaki lebih selesa dan akan buang ego mereka dari ibu mereka.. Sebab hubungan seorang ibu dengan seorang anak lelaki  jauh lebih rapat jika nak dibandingkan hubungan seorang ibu dan anak perempuannya :)

jika kita mempunya pasangan/ suami yang terlalu ego, cuba tackle ibunya dahulu, kalau kita berjaya menawam hati ibunya.. InsyaAllah ego mereka juga kita mampu atasi, sebab ibu akan menasihatkan anaknya dari apa juga segi, dan kebiasaanya anaknya akan mendengar walaupun pada awalnya berkeras, mahupun kurang setuju. tapi dalam diam ia akan cuba mempertimbangkan  nasihat ibunya. Ibu adalah segala-galanya bagi seorang anak lelaki.. Percayalah



Thursday, February 17, 2011

Edisi Umum : Suka ke suka-suka?

Suka ke suka-suka?, Eh apa bezanya nyer.. rasanya sama je kan.. Suka tu maknanya kita tertarik pada sesuatu pekara, bila kita suka, maka kita akan meminatinya.. Bila kita mula meminatinya, lama-lama kita akan tertarik. Bila kita dah tertarik lama-lama kita akan rasa seronok melaluinya... Wah besar sungguh pengertian suka ni.. Bila kita suka kita tak kisah pun, kita lalui dan tempuhi semuanya... Bila kita suka, kita sanggup buat apa sahaja, kita tak kisah apa pun... Ye la dah suka, makan diri pun kita tak kisah.. Biasanya kita akan terleka pada benda yang kita suka. Owh!! sungguh bahaya kan?

Apa yang boleh membuatkan kita suka pada sesuatu perkara tu?, suka sebab apa? kenapa walau kita dah boleh jangka kesan buruk pada diri kita, tapi kita masih berani untuk mencuba? yang peliknya bila sesuatu perkara yang kita tidak suka, walaupun ia baik untuk diri dan masa depan kita.. kita masih susah nak terima? adakah sebab kita ni terlalu ikutkan perasan sehingga gagal mentafsir kebaikan?. Eh.. jangan diikutkan perasaan sangat, kelak merana diri... Tak percaya cuba la~

Apa itu suka-suka?, Errrm suka-suka ni dalam erti kata yang mudah untuk difahami ialah sesuatu perkara yang kita seronak untuk lakukan tanpa ada niat untuk serious, bila orang tanya kenapa kita buat benda itu atau ini, jawapan kita "ala saje suka-suka",.. Kebanyakkan kita semua banyak yang tersalah tafsir istilah suka dan suka-suka... Itu sebab banyak orang kecewa atau perasan :p.

Jika kita mentafsirkan istilah suka mahupun suka-suka dalam sesebuah perhubungan, jawapannya akan jadi lain. Suka ni ada banyak sebab, Suka sebab kita selesa, suka sebab kita rasa tertarik, suka sebagai kawan, Suka sebab sesuatu itu menarik perhatian kita. Ada sesetengah orang, apabila ia rasa tertarik, suka pada sesuatu dia akan usaha untuk mendapatkannya.. Setidaknya mendapatkan kepastian, Dalam erti kata lain, mencuba.. Mencuba untuk apa? Mencuba la untuk kenal pasti suka dia tu sebenarnya suka apa?,Apabila ia mencuba, dan hasilnya kurang memuaskan maka ia akan jadi suka-suka.. Parah la kalau dah jadi suka-suka..

Dalam dunia sekarang ni, kita dibentangkan dengan pelbagai pilihan dan ragam, kadang-kala apabila sesuatu yang dulunya berharga kini sudah tiada nilainya.. Sebab apa? Sebab kita tak tahu menghargainya dan sekadar suka-suka sahaja.. akhirnya nilai yang dulunya tinggi, akhirnya susut... Sebagai Seorang manusia yang dikurniakan akal yang sempurna, apa pun jua yang dibentang dihadapan kita, harus la ditafsir dengan sebaik mungkin jangan la main redahnya.. Nanti hasilnya menghampakan..

Tanya diri kita sendiri, apakah kepentingan sesuatu perkara tu pada diri kita, apakah kerna kita benar-benar menyukainya atau sekadar suka-suka, ingin berseronok dan hanya untuk menikmatinya. Jika sekadar suka-suka, haruslah kita mengkaji keperluan dan kesan nya tidak kira untuk masa pendek atau jangka masa panjang kepada diri kita sendiri. 

NOTE : TUHAN itu adil, setiap tindak tanduk kita sentiasa diperhatikan dan kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang setimpal tidak kira masa,tempat mahupun keadaan.. Cara yang paling terbaik, berbuat baik pada semua, berfikiran +ve, dan berkelakuanlah sewajarnya.. Ingan Jangan Jadi manusia penting diri.. Sekian~ :)



Monday, February 14, 2011

Edisi Umum : antara cinta dan sahabat

Hari ini, kita menangis kerna terluka, hati tersentuh kerana disakiti.. Dikhianati oleh seseorang yang kita sayangi dan cintai, masa kita bahagia, kita lupakan kawan-kawan, kita abaikan semua, kononnya cinta kita lebih bermakna dari kawan-kawan. Sekarang bila kita sedih, bila cinta kita tinggalkan kita, siapa yang ada disamping kita untuk damaikan hati kita?, Cinta kita dah tak pedulikan kita lagi, malah dikatanya kita macam-macam, seolah-olah kita menyusahkan dia, kita tak berguna pada dia. Dulu kata nak sehidup semati, sekarang tengok muka kita pun dia rasa azab macam nak mati. Padahal kita tak buat salah pun, kita sama aja macam dulu. Apa yang tak kene Cinta kita tak nak bagi tau kita, macam mana kita nak betulkan keadaan kalau Cinta kita tak nak bagi peluang?.

Tiap-tiap hari kita termenung, kita nangis.. Kita bercakap sorang-sorang.. Ya Allah, macam mana kita nak pulihkan keadaan.. Selama ni kita dah cuba buat yang terbaik, kita dah cuba ikut dan penuhi kehendak Cinta, kenapa sekarang ni, semua bertukar menjadi bencana?. Apa sebenarnya yang Cinta kita mahukn?

Satu hari, sedang kita duduk di taman, tiba-tiba kita disapa oleh kawan baik kita, Kawan kita cakap dia datang rumah cari kita, dia cuba call kita tapi kita taknak jawab, Kawan kita kata dia tahu yang kita tengah sedih.. Dia tahu kita tengah kecewa.. Dan tiba-tiba Kawan kita marah, Marah sangat-sangat, Kita tunduk dan diam je, dah la kita tengah sedih, dia tambah sedih kita lagi.. Kawan kita tengok kita sedih, pastu dia terus peluk kita, dia cakap dia sayang kita, biarpun kita pernah lupakan dia, tapi kita tetap ada dalam hati dia, Kita terus tergamam, Kita betul-betul tak sangka yang masih ada yang sayangkan kita setelah apa yang kita lakukan. Kawan kita kata, Dia akan selalu ada untuk Kita dalam susah mahupun senang. Ikatan persahabatan itu tak mungkin terlerai begitu sahaja, ia akan tertanam bersama jahadnya pabila ia mati nanti.

Air mata kita berjujuran jatuh mendengar kenyataan kawan kita, Sungguh bermakna kita dalam hidupnya.. Sedangkan dulu masa Cinta ada dengan Kita, kita buang dia macam tu sahaja.. Baru kini kita sedar, Cinta kita boleh cari mahupun bertukar ganti, tapi kesetiaan seorang sahabat itu tidak mudah untuk dicari ganti.. Kita bersyukur kerana kita ada kawan seperti dia, sejak dulu lagi dia sangat sabar dan suka mengalah. Apa sahaja masalah yang kita hadapi pasti dia ada untuk membantu. Kenapa kita jahat dan bodoh sangat?, Kenapa kita lupa yang Kawan kita itu JAUH LEBIH BERNILAI dari CINTA kita tu??, Kita tak dapat nak maafkan diri kita... 

Setelah hati kita terubat, kita berjanji dengan kawan kita, yang kita tak kan ulangi kesilapan lalu, Kita berjanji kita tak bercinta lagi sehingga kita tamat pengajian nanti. Kami bahagia bersama-sama, Kami dapat melanjutkan pelajaran dia Universiti yang sama, Dan memilih bidang yang sama, Kami berjanji akan berlaja dan saling bantu membantu. Ya Allah besarnya nikmat yang Engkau kurniakan pada ku..

Kini hampir 6 bulan berlalu, Satu hari sewaktu kita dan kawan kita hendak mendaftar di universiti, tiba-tiba kita didatangi oleh seseorang yang pernah kita kenali suatu ketika dahulu. Dia tunggu kita disuatu sudut, dia pegang bunga yang kita suka. Terkejut kita rupanya Cinta datang jumpa kita. Dia berikan kita bunga tu, cinta kata tahniah, dan dia bangga dengan kita. Dia mohon maaf diatas kesilapan dia yang lalu.Masa tengah sembang tu,Kawan kita tengok je dari jauh, dia senyum je.. Kita serba salah. Cinta kata dia nak menjelaskan keadaan sebenarnya. Mula-mula tu kita rasa happy sangat.. kita hampir terlupa janji kita.

Kita tarik nafas dalam-dalam, lepas tu kita histifar banyak-banyak.. kita bagitau Cinta elok-elok yang kita dah serik dan kita tak nak dengar sebarang penjelasan lagi, yang dah berlalu kita dah buang jauh-jauh, kita tak benci cinta tapi kita tak boleh terima cinta kembali, sebab luka yang cinta bagi begitu menyeksakan dan pedih. Cinta terus nangis bila dengan kita cakap macam tu, kita bagi tau cinta, kalau dia cintakan kita, ikhlas lah dengan dirinya dulu, hati kita tetap sama, cuma kita tak nak bercinta lagi. Kalau Cinta rasa nak tunggu kita, tunggu la kita habis belajar, Kita akan simpan Cinta kita ni untuk Cinta je.. Pastu terus kita tinggalkan Cinta.

Akhirnya kita berjaya kuatkan hati kita, Terima kasih sebab kawan kita banyak membantu kita. Kawan kita yang megajar kita jadi matang..




Edisi Umum : Perlu ke Bercinta Sebelum Kawin?

Sudah menjadi lumrah hidup perlukan kan pasangan.. Tak kisah la macam mane rupa pasangan tu, janji kene ada pasangan. Persoalannya disini perlu ke Bercinta sebelum kawin? atau perlu ke bercinta dalam tempoh yang lama sebelum membuat keputusan untuk berkahwin? atau wujud istilah "try and error?".

Persoalan demi persoalan akan timbul .. Orang bercinta untuk apa? adakah satu kewajipan atau hanya untuk menikmati perasaan cinta tu.. Biasa kita akan dengar... Rata-rata mereka yang mempunyai pengalaman bercinta akan kata, "masa bercinta indahnya", dah kawin?? Ha tungguuuu.......... sikap dan perwatakan pasangan kita akan berubah sehinggakan kita seperti tidak pernah mengenalinya.. Kenapa macam tu? Apa yang silapnya?.. Mana kurangnya? bila semua ni terjadi, kita makin binggung.. mencari jalan untuk memperbetulkan keadaan.

Kata orang, kejujuran itu penting dalam sesebuah perhubungan.. Ya memang la kene jujur, bukan kata dalam percintaan, malah kejujuran itu adalah satu sifat yang harus diterapkan dalam jiwa setiap insan.. Tapi nak jujur macam mana?, kadang-kadang serba salah dibuatnya, nak terus terang takut pasangan kita sakit hati/kecil hati.. tak terus terang takut makan dalam.. Agak-agaklah macam mana nak buat?.

Cuba kita lihat diri kita, lihat sikap sendiri.. nilai dan cuba renungkan.. hanya kita yang tahu diri kita ini siapa, tidak perlu menunding jari mahupun mencari salah orang lain.. Dalam dunia ini tidak ada yang sempurna, setiap manusia yang diberikan kekuatan pasti ada kelemahannya, setiap yang ada kebijaksaaannya pasti ada kebodohannya.. Tapi mereka ini pandai menyembunyikannya.. malah tahu mengatasinya.. Jadi kenapa kita tak boleh?

Bila hati kita tercuit meminati seseorang.. sudah pasti kita akan terpanggil untuk cuba mengenali orang itu.. siapakah ia?,dari mana?apa pekerjaannya?,baik kah ia? dan sebagainya... Dalam BERCINTA tiada istilah paksaan, semuanya dipandu oleh hati, dan akal mentafsirkan sebelum apa-apa tindakan di buat. Kenapa kita perlu mengenali seseorang itu dalam tempoh yang lama? sedangkan hati kita tahu apa yang kita mahukan daripadanya?..

Sekarang ni dah menjadi 1 tradisi pula, bercinta dengan orang lain, kawin pula dengan orang lain?. Tak ke membuang masa namanya? Mungkin juga Cinta itu satu kepelruan, Perkahwinan itu satu kewajipan?.. Ada pendapat mengatakan, bercinta selepas berkahwin nikmatnya lebih besar, kerana apabila sudah berkahwin, kita mempunyai ikatan yang sah, perasaan segan masih ada, kita akan lebih berhati-hati dalam perbuatan, maklumlah tak berapa kenal/belum terbiasa.. Bila ada perasaan segan, tiap tingkah laku kita dapat di kawal. Kita seboleh-bolehnya tidak akan melakukan sesuatu perbuatan yang boleh melukakan hati pasangan kita.

Tapi kalau dah bercinta lama? dah takde apa nak disegankan.. malah semua main redah, main asal boleh, soal perasaan pasangan kita,kita akan ambil mudah sahaja. Kita tidak peka mahupun rasa sensitif. Banyak kita dengar, bercinta 10tahun, kawin tak sampai 3bulan.. Apa sebab semua tu boleh berlaku? bila disoal, meraka jawab tiada keserasian. Habis apa guna bercinta lama-lama tu? tak cukup kenal ke?. 

Kesimpulannya, Hidup ini nampak mudah, tapi setiap manusia punyai halangan dan ujian yang berbeza-beza, hanya kerana kesilapan kecil yang kita lakukan tidak kira dalam keadaan sedar mahupun sebaliknya,  kesannya akan memakan diri, Hidup haruslah bersikap adil tapi harus adil pada diri sendiri  terlebih dahulu, dan kemudian baru la secara semula jadi kita akan berlaku adil pada pasangan kita mahupun mereka yang berada disekeliling kita. Belajar mengenal diri sendiri, dan kemudian belaja hormati perasaan orang lain. 

NOTE : Jangan mengharapkan balasan pada setiap  kebaikkan yang kita lakukan. Sebaliknya lakukan dengan keikhlasan, kerana ganjaran yang bakal Dikurniakan oleh Allah jauh lebih besar nikmatnya.. Moga kita sentiasa dilindungi dan sentiasa dipandu oleh kebaikkan.. InsyaAllah


Saturday, February 12, 2011

Edisi lelaki : lelaki gelojoh?

Lelaki tak kan ngaku yang sebenarnya mereka ni agak gelojoh dalam sesetengah aspek.. atau sebenarnya mereka tak sedar pun mereka ni gelojoh.. ye ke? tang mana gelojohnya? Dari segi memilih pasangan terutamanya.. Rata-rata lelaki kalau ditanya soal jodoh.. benda pertama yg dia kata mesti nak yg cun.. sedap mata memandang.. body kene cantik.. bukannya dia nak kenal at budi. dulu. pastu bile dh suka langsung approach .. wah xpk panjang ni.. kalau org tu ada bf, sanggup jd kekasih gelap or menunggu giliran.. tak pun dia tackle sampai dapat.. katanya itu baru cabaran... perhh dasyat yerk..

Ada setengah lelaki dia suka memaksa, memerintah.. lagak macam dia bagus je, dia tak tau sikap dia buat perempuan meluat dan jemu. Agak-agak la kalau nak memerintah pun, awk tu siapa dengan kita? unless ada ikatan yang kukuh, macam tunang or suami isteri.. kalau sekadar berpacaran.. henti2kn la tabiat tu kn.. antara kegelojohan lelaki yang dpt dikesan ialah :-
  • Time Approach Gf
  • Time Makan
  • Time Driving
Ada 1 kes pernah terjadi..masa tu tahun 2007, aku jumpa 1 mamat ni, bkenalan la mcm biasa.. wey tak dinafikan mmg aku agak cair la, tapi yang buat aku turn off,dah la baru kenal, cakap direct, ajak kawin terus.. Eh!! mmg aku pelik la, dah la baru kenal.. suka at aje ajak kawin.. sejak tu aku malas dah nk rapat-rapat.. memang aku ngelak je .. pas setahun lebih tu, jumpa balik.. langsung pegang tangan dan mintak kita bg dia peluang? peluang apa nya kalau dah gelojoh macam tu?

Bab makan... style bukan main macho, cakap bukan main control.. tang makan hancuss.. dah la lahap  makan berbunyi.. jenis polok2 je.. geli nya! relax la kan,makan tu biar la sopan-sopan.. bukan nye makanan tu nak lari dari dia..pastu makan comot.. serious memang geli... Padahal kita boleh menilai seseorang itu dari cara dia makan.

During driving pun ada yag gelojoh.. Pelik kan, kenapa lelaki kalau drive lagak macam jalan tu dia punya? macam dia je yang hebat kat muka bumi ni? bawak nak laju, pastu kalau orang pangkah jalan dia, kalau blh dia nak pangkah balik.. kalau kreta depan bawak slow, abiz kalau nlh dia nk langgar kita.. kuar simpang, tak ikut undang-undang langsung! huhu tp bukan semua lelaki mcm ni, lelaki yang kurang peka je sikap mcm ni..

NOTE: cuba korang fikir dan renungkan.. agaknya la apa la yang boleh dikaitkan dengan gelojoh ni?






Friday, February 11, 2011

Edisi Bercuti : cherating AUG 2007

ini adalah percutian pertama dalam hidup aku.. masa ni nak dapat permission mcm nak mati... mmg xdpt punya.. last aku pergi mcm tu je, dh mcm lari rumah pun ade.. time ni akak aku gile naik angin.. hehehe..Kami masa ni jiwa tengah muda.. darah muda.. kuat memberontak, tp tu aku je la, yg lain2 steady aje hehehe..  tp kan masa bcuti ni, aku x ingat sgt mane je tempat n lokasi yg kami kunjungi.. apa nk buat semua kwn2 tau aku mmg memory lost! Ahahah
Masa ni kami bertiga sangat akrab, byk la aktiviti bersama-sama...
 windu la time ni, byk kenangan wow.. tul tak neyna & rozie :)
kenangan tetap kekal sbg kenangan.. tak kisah la skrg ni kt dh jd apa pun.. ia tetap tpahat dihati, n bile d kenang kembali segala yg indah mahupun tak indah kt akan ingat balik.... luv u all :)


Tuesday, February 8, 2011

Edisi Bercuti : Lembah Temir (Raub Pahang) - july 2010

Lembah Temir ni terletak d Raub pahang.. Kawasan persendirian chairman aku.. Tempat ni mmg superb.. sampai2 je ada yang menyambut kita.. Siap masak lunch n dinner.. tak ke bagus? kami pergi 2 kete, sponsor 100% oleh sales director.. iaitu ancQ,
ni pic masa kami baru sampai.. sampai2 je terus ambik pic, tapi 2 org cik abg xde dlm pic ni.. hehehe, the only cik abg yg ada dlm pic ni.. nama dia zaba.. hero melaya kononnya .. :p


tgk air.. rasa nk terus lompat.. bawah tu banyak ikan :p
kami kene mendaki untuk pi ke air terjun.. 
dalam penat-penat pun sempat berposing semua :)

tu la ancq.. tembam.. dia ni baik at.. ceria.. n kuat tdo hehehe..
memang sgt2 ceria... kalau ikutkan nk je share semua pic.. tp byk sgt.. kat sini ada byk activity.. antaranya :-
  • melawat kebun durian, kebun buah-buahan.. dan mentedarah durian sampai lemau semua
  • karaoke
  • BBQ
  • kolam ikan koi
  • main kad/ saidina
  • Air terjun yg best

 ni kami sudah mau pulang.. kami pi 3ari 2mlm aje... lembah Temir ni mmg hebat :)


Edisi Bercuti : Singapore Dec 2010 (Universal Studio)

Best g universal studio, sana penuh manusia, enter je .. seolah2 kt memasuki dunia yang berbeza.. Ha pic ni cOol, tgk brother blakang tu... muka gile arrh smart!, si ayune jerit sbb.. mamat tu usik dia ..dia terperanjat..
brother blakang tu kacak!... body sexy .. seksa aku melihatnya ahahaha~
kalau korang g universal studio, jgn lupa beli award ni.. aahahaha bgs kn? yg kecik harga dia $9.90 kalau tak silap. aku xbanyak ambik pic sbb masa ni aku sakit kepala, sana panas sgt masa tu..

NOTE : kalau korang nk g universal studio.. beli ticket on9 senang.. tapi kalau ticket kat on9 abiz, work in pun boleh... sbb ticket on9 mmg dia reserve tak banyak :)


Edisi Bercuti : Jakarta & bandung july 2010

First time dapat g bercuti jauh.. Biasa paling jauh pun singapore, sbb byk relative kat sana.. Ada tragedi masa nk g jakarta, kami pergi ber4, naik KLM, bayangkan kami tertinggal flight?, yang bestnya sorang dah check in awal-awal.. dia dh lepas dulu, kami yg ber3 ni mati kutu depan kaunter, jenuh la kami merayu-rayu kat officer kat counter tu.. Mak aii xlayan beb, dia buat tak tau je, dia ckp, book ticket minggu depan aje?, boleh plak? kawan kami dah terlepas, duit semua dh collect, banker tertinggal flight.. Masing cuba la slow talk... mula member aku ayune, talk.. merayu semua tak jalan, Ayune dah give up, pastu hany plak... pun xjalan.. aku ni ngan muka sedih.. ye la xpernah jalan jauh.. bila dpt peluang tlepas flight plak?? tak ke sedih.. aku pun buat la drama sedih depan counter .. aku cakap la " apa la nasib, dah la tak pernah jalan jauh, malangnya nasib" pastu officer tu tengak aku cam kesian je, dia ckp kat aku " tak kan xpernah travel?" aku jawab " paling jauh pun singapore" pastu officer tu ckp mai sini passport nak tgk.. aku hulur la, dia belek2 dia tgk last aku pi mana, fuh nasib beb, sbb kalau dia buka passport kawan-kawan aku depa dh byk kali travel,.. pastu officer tu bg kami naik flight MAS tak payah byr ape2 pun.. syoiknya hehehe...
muka kami ceria dapat jugak g indonesia hehehe..kami pi bulan july 2010.. ujung-ujung july, kami balik sini masa tu kurang seminggu nk puasa.. pic depan sekali tu hany.. yg tgh ayune... masa fly ni, kami kacau 1pramugara ni.. aja saje je, dia yg over siap bg kerja sorang satu suruh tulis note kat dia.. blh plak?..
kami stay d N1 hotel, xmahal sgt.. mane tak nyer 1bilik share 3orang hehehe, lokasi dia .. 5min jalan kaki dh leh sampai ke tanah abg, tapi sana jem gile, g tanah abg jalan kaki 5min, naik kete jd 2jam ahahaha.. teruk.. sampai je kat airport jakarta, kami djemput oleh pak Erwan, supir yg tsangat best dan happening.. sungguh beb, memang enjoy sgt ngan pak Erwan :).. Pak Erwan panggil aku "kak mesir", panggil hany " kak jepun" n panggil ayune "si bos" ahaha sbb ayune yg appoint n byr2 semua...baju yang we all pakai tu.. semua beli d hard rock jakarta.. terus pakai :) over tau :p..
kami ni gadis blackberry.. ahahaha, semua baru beli masa tu, cek kak yg baju pink cvr bb oren tu, dia tu cewek indonesia, teman nya si hany... so kami jln bsama2... masa pi indon ni kami ada bodyguard.. hehehe kami bawak dr m'sia, 
tu la dia, kawan kami sorang ag yg tak terlepas flight, masa we all terlepas flight tu dia mcm nak nangis, ye la, yg organize si ayune, hotel, supir semua ayune settlekn, tetiba ayune plak xde.. dia tggu kami d airport jakarta hampir 3jam .. dugaan ~
Pi indon, makanan depa mmg best, kami pi sana balik masing2 tembam,.. gemok wey, tp xpe sbb dekat puasa dah hehehe, ni kami makan di kampung daun, bandung, tempat ni tsgt la cantik.. view nya tersgt2 la indah.. tp sedih masa kami sampai hujan lebat .. so xleh nk jalan2..
itu la pak Erwan, dia bergaya abiz..maklumla bersama cewek-cewek.. ngam2 4org.. ahhahaha bahagiannya~
ni kat tengkuban perahu.. sejuk gak kat sini.... byk org jualan... sana byk org susah.. adey kesian.. jual brg sampai ikut kite .. tak putus asa langsung....
ni kami dah nk balik.. mamat ni boleh plak wat wayang.. dia nangis sbb tak sanggup nak berpisah ngan pak Erwan.. hehehe 

NOTE : if ada sasiapa yang nak gunakan khidmat Pak Erwan boleh search d fb  "Moch Erwan Irawan" no tel : +62 81513914533, ataupun comment aje dsini :)


Edisi lelaki : Wanita seksi di mata lelaki

Zaman sekarang ni banyak yang dah terkeliru, Orang Perempuan terutamanya selalu menganggap yang bila mereka cantik, seksi, dan social, lelaki suka.. ye ke? Tapi kadang-kadang kalau dinilai melalui perbuatan seseorang lelaki tu, rasa logic jugak.. sebab lelaki akan rasa bangga jika gadis yang berada disamping mereka merupakan seorang yang "hotz" dan digilai ramai, so bila dia dapat cik kak-cik kak yang macam tu, mereka rasa satu kepuasan, biasalah lelaki kan ego, kalau boleh dia nak nampak hebat sepanjang masa. Tapi ye ke? atau tu hanya dari pandangan mata kasar aje?.

Lelaki ni pun sebenarnya susah untuk difahami dan dimengerti, sebab apa..? lain perbuatannya lain pula yang dihatinya. Kadang-kadang diorang bercinta bagai nak gila, tapi tetiba kawin dengan orang lain? abiz apa guna bercinta?, apa guna berpacaran?.. Adey keliru kan cik kak-cik kak ni? Tapi ada juga yang kawin dan hidup harmoni.. Antara jawapan yang aku dapat dari lelaki yang social terhadap golongan wanita yang mereka pilih untuk djadikan calon isteri ialah :-
  • Mesti pandai jaga diri/Bawak diri
  • Tidak terlalu social
  • Tidak terlalu seksi
  • Berdikari/tidak terlalu bergantung
  • Sabar,manjew dan penyanyang
  • Boleh jaga/sayang keluarganya terutama ibu bapanya
  • Mendengar kata
  • Tidak mendesak dan memahami
  • Pandai memasak
  • Mempunyai ciri-ciri yang baik dan munasabah
Errrm tu jawapan yang standard, Biasanya lelaki akan cakap "nak cari bini kene cari yang baik-baik, duduk rumah, boleh jaga dan mendidik anak-anak dengan baik, yang social sangat ni kita buat suka-suka aje".  Adey!! rasa macam ... entah la,Dapat isteri yang baik, dan dengar kata pun mereka tak tau hargai, stil lagi pi berpoya-poya, awek keliling .. Macam mana tu?

Bagi aku, kita tak kan dapat apa yang kita cari, tak ada satu pun manusia yang sempurna.... lagi-lagi zaman sekarang ni, penuh dugaan dan cabaran, Kadang-kadang kita terleka dan terjebak.. apa pun sejarah lalu, tetap menjadi sejarah, tak boleh nak di ubah.. Tapi masa akan datang.. dan masa yang sedang kita lalui ni, kita kene berhati-hati, kene cari pasangan yang saling membantu, dan hendaklah saling memerlukan.. Jadikan diri kita sebagai seseorang yang terbaik, tak perlu berpura-pura, just bersihkan hati, sabar dan berfikir la secara rasional.. 

kesilapan lalu bukan la bermakna kita ni teruk, tak berguna or apa-apa la, jika seseorang tu sayang dan ikhlas dengan kita, dia tidak akan mengukur kita dari masa lampau kita, malah dia sentiasa menyokong kita untuk berubah kearah yang lebih baik.. Apa yang penting hati kene bersih, jangan ada rasa iri hati atau dengki, sebab tu penyakit hati yang akan merosakkan seluruh jiwa kita.






Edisi Terapi : Makan dan bercuti

Bila kita dalam kesedihan, tengah tension, tengah banyak sangat dugaan yang melanda, apa kata ambik masa sikit, pegi jalan-jalan dan pi makan-makan..ajak la member-member rapat.. Ada satu tempat makan di melaka, food dia mmg sedap.. aku g few time.. siap kalau korang nk bermalam/jalan-jalan kat sana, owner kedai makan tu ada hotel budget.. tak mahal sgt.. mmg puas at... view pun cantik.. memang sesuai untuk menikmati makanan.. Antara pemandangnya :-



Kat melaka mane je tempat makan yang best?, mesti la umbai kn? tapi umbai banyak kedai tul x? pastu umbai ada 2, ni yang baru punya, bukan yang lama.. aku suka tempat ni sbb luas.. dia tingkat atas, n 1floor tu dia punya, so selesa.. siap boleh makan kat pangkin.. syoik wey.. 
Nama dia  "Nakhoda seafood", antara hidangannya :-


cuba la.. lepas tu baru tau nikmatnya makan hehehe... info lanjut dibawah :-
Alamat Restaurant ~
Nakhoda SeafooD
Aras Atas, Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru, 77300 Umbai, Melaka.
No Tel : 017 - 678 8182
Official Website : www.nakhodaseafood.com
Facebook link  :  http://www.nakhodaseafood.com




Edisi lelaki : ye ke lelaki cerewet?

Bunyi macam lawak je bile lelaki cerewet kn? tapi tu la hakikatnya.. sebenanrnya lelaki zaman sekarang banyak dah yang pelik-pelik.. Kadang-kadang rasa rimas..Pelik sgt.. kenapa lelaki yang al-kononnya bersifat sebagai pelindung tapi cerewetnya melampau-lampau.. Paling ketara dalam bab memilih pasangan, bab berpakaian,penampilan,nk pilih food pun cerewet jugak.. Adey!! sifat mcm ni amat ketara pada mereka yang berusia 30 tahun kebawah, lebih-lebih ag yang bujang. Eh korang jgn salah anggap or terasa.. ini pendapat peribadi aku aje..

Dalam isu memilih pasangan.. Biasanya la kita kalau boleh nk cari partner yang terbaik n sesempurna yang boleh. tapi yang mjadi persoalannya, tak ukur diri dia dulu.. Nak cari yang hebat, tp awk tu hebat ke? Teringat kisah satu member, dia bcinta ngan laki tu bagai nak rak, nk bersosial pun bersama-sama, laki tu boleh tahan la, kawan aku ni mmg cun sgt!. Tapi malang setelah bcinta hampir setahun lebih, akhirnya laki  tu terkantoi.. rupanya kawan aku tu just "kekasih gelap", laki tu dh ada gf yang hubungan mereka dh bertahun-tahun lamanya, siap dah nk kawin ni.. rasa xmasuk akal tul... member aku ni mmg tak puas at, siasat punya siasat, gf dia tu anak somebody, dan kaya.. kawan aku ni plak.. bukan orang senang.. Yang paling kawan aku xleh trima, ppuan tu mcm pecah umah, aku tgk pun pelik.. n bile dia siasat lebih dalam... rupanya awek yg xcun tu la yg support laki tu!adey apa punya jantan.. dh la gf support, pastu siap pasang ppuan lain?. So sbnrnya laki tu just makan duit ppuan tu, n bsuka ria ngan ppuan lain?. Tak bsyukur tul!

Isu kedua plak, bab berpakaian dan gaya, fuh dari penampilan memang gempaq.. Memang cair la mata-mata aweq yang kureng pengalaman kalau pandang :p, lelaki mcm ni biasa sgt jumpe, yang kesiannya kat awek-awek yang kureng ilmu, duk melayan bagai nak rak, bile dah kenal lama, menyesal tak sudah.. Banyakkan lelaki suka amalkan istilah "biar pape asal bergaye"... kuikuikui.. patutnya seadannya sudah la, ni sanggup nak kaburi mata awek-awek, sanggup pinjam duit kawan-kawan, mintak duit mak n etc.. adey tu la pekara yg memalukan bile dapat tau bf kite suka meminjam sebab nak bawak kite jalan?!. Mula-mula lelaki jenis ni suka meminjam, dia pancing baik punya at awek-awek tu pastu lama-lama dia buat drama sedih, start la ckp ada masalah la apa la, pastu pinjam la duit awek plak, pastu sampai sudah duk dating bantai duit awek, awek plak dah syg.. sanggup! lama-lama bile dah tak mampu, mula la ungkit sana sini.. pastu gaduh... end up putus.... JAWAPANNYA YANG KURENG CERDIK ADALAH PEREMPUAN JUGAK KN?

Isu ke3, bab makan, amboi.. nak makan hebat-hebat.. duit ada xseberapa.. dapat gaji abiz kan terus.. pastu tgh bulan suffer.. tak pun dapat duit suka joli katak, pi berparty sana sini... Susah la kalau lelaki muda mcm ni, tak kan nak cari lelaki tua, laki yang byk pengalaman utk buat pakwe?. Abiz yg muda ... yg umo lebih kurang semua kureng berfikir!. Bile dah ppuan pilih laki tua yang berduit... Laki2 muda ni tension, kata ppuan mata duitan la, sanggup layan laki tua sbb duit.. padahal bile kita ngan dia, kite jadi pening ngan masalah remeh temeh yang dia cipta sendiri... Ada 1 kes, Bf ajak dating... ajak makan.. pilih kedai hebat-hebat pastu bile nk byr buat muka tak bersalah? ada ke patut?? kalau xde duit.. xpe bgtau la awal-awal, buatnya awek tu pun sengkek? tak ke memalukan?.. adey... bukan senang nk faham orang... kadang-kadang diri sdri pun kita susah nak faham :p.
Note : nak cari partner biar dr at budinya... n bukan dari bodynya hehehe




Monday, February 7, 2011

Edisi Cantik : Penjagaan luaran jgn lupa

Semua orang nak nampak cantik.. Nak nampak menarik.. tak kira la lelaki ke perempuan, tapi istilah cantik tu lebih menjurus kepada wanita shj.. ye ke? Errrm rasanya dulu aje, sekarang ni, lelaki ke perempuan semua sama aje..

Kadang-kadang rasa tak faham, sesetengah orang, Sangat menitikberatkan soal penampilan dan gaya tapi lupa yang sebenarnya tak kan bermakna kalau kita ni ada rupa yang cantik, berpenampilan menarik dan sebagainya kalau kita tidak peka pada diri sendiri. 

Sesetengah orang dia mungkin sedar ataupun tidak ambik peduli tentang bau badan mereka. Pernah tak korang berdepan atau terpaksa berurusan dengan "mereka" yang mempunyai bau badan atau nafas yang sangat teruk?. Kadang-kadang nak tegur tapi takut orang tu kecik hati, nak biarkan rasa macam kesian plak.. Rasa-rasanya macam mana kita nak atasi masalah ni?. Banyak yang menyangka bau badan adalah disebabkan peluh?, sebenarnya peluh tidak berbau, bau itu berpunca setelah peluh itu kering dan ia disebabkan tindakan bakteria yang wujud secara semula jadi di atas kulit.

Apa kata korang try tips ni,bagi usaha atasi masalah bau badan :-
  • Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bau yang kuat seperti rempah, bawang, dan makanan pedas.
  • Kerap mandi dan sental bahagian2 yang kerap berpeluh.
  • Pakai pakaian yang menyerap peluh. 
  • Pakai deodoran
  • Banyakkan minum air puteh/kosong
  • Banyakkan memakan sayur dan buah-buahan.
Tips atasi masalah bau mulut :-
  • Kerap memberus gigi dan gunakan listerine or any Mouthwash
  • Jumpa doktor gigi setiap 6bulan sekali.
  • Makan gula-gula atau yg sewaktu dengan nya terutama selepas menjamu selera.
  • Mengunyah setangkai bunga cengkih tiap-tiap hari.
  • Banyakkan minum air puteh/kosong 
Cuba amalkan, lama-lama mesti ada perubahan dalam kita tidak sedar.
NOTE : selalu la standby gula-gula ke apa ke dalam bag. Sebelum kita nak berurusan dengan sesiapa kita makan, lebih-lebih lagi jika selepas kita menjamu selera. Selain tu, kita boleh offer kepada mereka yang berurusan dengan kita jika mereka mempunyai masalah bau mulut. hehehehe



Edisi Wanita : Kenali perwatakan wanita Melalui 4 Unsur

Pernah tak korang dengar pasal terdapat 4 Unsur dalam kehidupan... Seperti Tanah, Api,Air dan Angin. Mari kita tgk jenis-jenis wanita mengikut unsur-unsur ini:-

TANAH 
dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) 

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibaw.

API 
 
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa terteka.

ANGIN 
 
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari). 

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja .

AIR 
 
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).
 

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Note : Cuba tgk ada kene mgenakan dengan korang semua? hehehe 


Edisi photoshot

photoshoot yang pertama dalam hdp aku masa umo aku 22thn.. masa ni tgh cinta monyet.. g jalan-jalan kat alam sentral, tetiba ada promotion depan poh kong.. beli voucher rm50 dpt free make over n photoshoot, aku pun ngan rasa gedix.. pi la join... masa ni muka ketat.. nk senyum pun xpandai ag :)
  Pelik-pelik.. masa ni aku baru 22thn, tp knp pic natural aku yang zaman sekarang ni nampak lebih muda dr ni? errrm ternyata aku ni xleh over2 make over hehehehe..


Ni pulak.. photoshoot last year masa ni umo aku 26thn, member-member aku semua duk buat profile... saje suka-suka.. pastu ada la satu cik abg ni, personal inbox aku kat fb, kata nk shoot pic for free, just suka-suka.. masa ni pulak aku dh pakai tudung secara ful time... tp memandangkan aku just nk snap utk personal collection... so aku shoot la untuk free hair.. hehehe ingat aku ni dh insaf.. tp upenya.. adey... gedix lagi :p

Errrm, saje la kan.. sementara masa solo ni, ni la masa nk photoshoot ke apa ke?, esk dah kawin.. ada anak.. pgerakkn terbatas :).. kene jadi isteri mithali .. kuikuikui :



Sunday, February 6, 2011

Edisi Terapi : Memasak dapat meredakan tekanan

Banyak cara yang boleh kita gunakan dan amalkan sebagai terapi menenangkan jiwa.. Setengah orang kalau tension suka buat keje gile, ada yang suka merayap.. Shopping.. Cara pasal.. Teperap kat rumah, yang paling tak bagusnya bile tension jadi kuat makan?? Fuh bahaya ok! boleh gemok dbuatnya.. Macam aku.. aku lebih gemar memasak.. Masak ni perlukan minat dan keikhlasan.. Biasanya orang yang rajin masak dia akan jadi patah selera nak makan.. Tujuan dia masak just nk seronok2 tgk orang makan.. ye ke? Bagi aku memamg yer pun. Bile kita memasak.. dan ada pulak yang makan... memamg rasa puas hati sangat la.. penat semua hilang.. berganti dengan happy.

Pic kat atas tu, pic sdri.. bukan download dari mane2... Masa ni aku lepak d umah member, we all spend time reramai.. n masak... aku plak jadi tukang masak.. kawan-kawan aku kebanyakkan jadi tukang makan.. Masa tu aku just masak 3jenis lauk je, sambal udang, masak lepak siput sedut... & last masak lemak yang satu ag tu.. rasanya tu pic terakhir kami semua main masak-masak..

Masak ni adalah satu pekara yang sangat-sangat aku suka.. Bagi aku rugi la seorang ppuan tu kalau xpandai masak... Aku start pandai masak masa umo aku 16thn, masa tu baru duk shah alam.. akak aku ni xsuka masak, pastu dia suh aku yg masa tu mmg tak tahu masak ape-ape.. Apa ag aku beli buku masak pastu aku ikut step satu persatu.. yang lawaknya.. apa buku tu cakap aku ikut.. abiz penuh dapur ngan barang-barang.. Pastu kalau aku tak tau buat, aku call mak rozi .... aku tye macam mane nak masak itu n ini... Sejak tu sehingga sekarang.. ckp je nk makan ape.. insyaAllah aku leh masak.. tp jg request yg pelik-pelik dah la :p.. Biasa kalau buat ape-apa majlis.. yang perlukan kn makanan, akan masak sendiri.. biasa time open house la, aku panggil semua geng2 yang mane sudi nk dtg.. n aku prepare semua utk mereka..


satu ag, biasa aku akan minta resepi kat adik angkat kesayangan aku iaitu lin.. dia sgt la hebat bab-bab masak ni, aku tgk dia masak mcm semua dh ada dalam kepala.. dah hafal semua resepi.. aku stil kene buka resepi kalau benda tu aku jarang masak...

kalau ada sesiapa yang nk blaja cara masak yang mudah dan cepat.. sila la contact sy.. email ke xpun komen aje, nti kite bg tip n cara-caranya, masak tu terapi tau... xpercaya cuba, tp tu hanya utk yg minat masak aje.. kalau yg tak minat.... nanti tambah stress pulak :p hehehe


Edisi Cantik : Cantik jgn perasan ~



Cantik tu luas maknanya.. betul ke orang kata kalau nak tau seseorang perempuan tu cantik pada wajahnya mesti ada 5 ciri-ciri utama :-
  • Mempunyai kening yang cantik terbentuk - original bukan yg cukur tu
  • Hidung yang mancung
  • Memiliki Lesung Pipit kedua-dua belah
  • Dagu berlekuk
  • Bulu mata yang melentik - original bukan yang pakai maskara tu.
Jap-jap aku check aku ada tak ciri-ciri tu ahahaha... Kening aku yg ori mmg just nice, hidung blh la dkatakan mancung, lesung pipit aku sebelah aje.. alamak xlengkap ni... dagu aku mmg confirm lekuk .. tp yang last ni.. mmg aku xde.. bulu mata aku.. dh la pendek pastu kejung aje.. pakai la apa maskara pun... xmembantu :(..

tapi apa pun bg aku, cantik tu xkan bermakna kalau kita xmempunyai keperibadian yang baik, tak kan lengkap cantik seseorang wanita tu kalau tiada budi pekerti.. Tak kan kekal kecantikkannya jika ia sombong :p.. Jadi jika anda rasa anda cantik.. jgn cepat perasan... sbb bile kt terlalu mementingkan kecantikkn lama-lama kita akan jadi lupa diri n angkuh... tak elok mcm tu... jadi lah seseorang yang cantik tapi bersahaja.. Beradalah dikalangan mereka yang cantik-cantik tapi berilmu..

Setiap manusia djadikan dengan memiliki kecantikan dan keunikan tersendiri.. jadi mari kita cari apa kecantikan dan keunikan diri kita.. Hargai dan bersyukurlah pada kecantik yang telah dianugerahkan kepada kita.. INGAT JANGAN SOMBONG DAN PERASAN CANTIK hehehe~


Edisi kesihatan: Balm dan Minyak angin pilihan


Bila cakap pasal minyak angin / balm.. Sure kita semua ada pilihan yang tersendiri kan, ikutkan aku kureng skit ngan benda-benda minyak angin ni/ balm, tp semenjak aku selalu diserang sakit tekak, selsema, & batok-batok.. Ada la satu jejaka ni bagi aku Balm, katanya buat sapu masa nk tido, sapu di hidung dan dada, just untuk melegakan dan memudahkan untuk bernafas/ hidung tersumbat sewaktu tido... Aku ngan slambernya ambik je la, dah orang bg... yang pasti yang bg tu, aduh.. kacak orangnya ~ Aku cuba balm ni, memang berkesan dan tersangat lah membantu,bukan takat idung tersumbat, sakit-sakit otot dan gatal-gatal ringan pun boleh guna juga.. tak ke bagus? dah la bau dia best, bau macam serai.. pastu tak mahal pun.. 


Satu ag minyak angin. aku kasi mak aku try, sebab mak aku ni orang nya suka benor pakai minyak angin, aku kasi 2 jenis, satu yang biasa satu ag yang panas skit. Mak aku pantang orang kasi minyak angin confirm dia cuba.. minyak angin ni digunakan secara tradisional untuk lengguh-lengguh, melegakan sakit-sakit ringan pada otat dan sendi, luka ringan, gatal-gatal pada kulit, menguatkan otot, melegakan batuk dan sakit anggota badan dan sendi,dan memperlancarkan peredaran darah. Bagus tu kalau korang semua belikan untuk mak korang.. hehehe 

Note : produk NR bagus, ada beberapa jenis lagi produk dia aku try n aku suka... kalau beli kat luar, d tokoh2 jamu mmg mahal skit.. kalau nk murah  dr d tokoh2 jamu.. sila kontek aku~. hehehe



Best fren..

Aku ada seorang best fren.. kawan dari  tahun 2000 sehingga sekarang.. dia ni manjew.. sayang aku kat dia tak dapat nak digambarkan... aku sanggup wat apa shj utk tgk dia happy.. Nama dia Rozimah... aku panggil Rozi.. dia ni masa sekolah selalu kene buli.. dan keje aku adalah protect dia, sape bg dia nangis aku mesti gaduh punya :p


Rozi cantik tau,pandai bergaya dan sentiasa alert dengan fesyen.. pic ni masa tahun 2007, kat bukit tinggi... famili dia adalah famili sy juge :p... kalau aku problem.. sedih ke apa ke.. aku mesti ngadu kat dia hehehe.. dulu-dulu kalau rozi sedih.. majok.. sakit ke.. aku mesti bg dia coklet.. ha confirm pastu dia senyum n suka...
perjalanan hdp kami langsung berbeza... n pernah ada satu kejadian... salah faham je ... aku majok.. pastu aku make 1 big mistake.. n dsbbkan tu, kami xkawan dah.. lama dekat setahun xbertegur.. tp pastu baik balik...

Ni pic masa dia tunang.... baju dia tu... manik-manik tu semua dia yang jahit, creative kn?sekarang ni dia dah tawin...


ni pic selepas akad nikahnya... husband dia kacak yer hehehe.. masa ni aku jd pengapit dia.. skrg  ni rozi dah pregnant.. dh nk dapat baby.. yeah... happy gile ni ~ hehehe




Ha Cantikan kawan kite... ni masa dia sanding.. baju sanding dia meletop ok.... luv u dear... muaaaaah


zaman Study... bersama sahabat2 ....

Ni masa sem 1, masa ni kat UNISEL sec 7, sebelum kene transfer ke kampus baru di Batang berjuntai.. skrg nama dia bistari jaya.. hehehe..

Yang jantan tu nama dia mus, chomel... yang pegang fail itam tu, nama dia yana, dah kawin apr 2010, yang tgh tu aku la, tak boleh blah muka masa ni... sengal-sengal ubi.. hehehe.. ha yang pengang beg tu.. kami panggil dia art, yang tinggi tu, antara kawan india yang kami paling suka dan rapat.. banyak kenangan kami bersama, kire mkn pun blh share, tido pun sebantal.. nama dia kamini, now dah lost contact, tak tau mane pi :(.. cik kak yang last sekali.. tu la adik kesayangan ku.. nama dia mazlin, aku panggil dia lin chomel.. manjew je orangnya.... now dia dah ada anak sorang.. anak dia tersgt CUTE.. hehehe

Masa study aku ni nakal.. malas belaja.. nasib beb aku abiz belaja.. nasib baik wow.. hehehe

Tgk la, nakal tak nakal aku masa ni.. ni dah sem 5 mcm tu, masa di we all g umah kawan yang pakai tudung tu.. tdo umah dia d tanjung karang... nama dia Ecah, ha baru je besalin anak no 2 ... Perh kawan-kawan aku semua dah kawin.. aku je yang masih solo.. pelik la.. tak laku ke?? hehehe apa nak buat..
masa ni aku mcm budak-budak skit, si lin la punya keje pi ikat tocang .. tapi xpe blasah aje.. aku ngan yana ni kire 1kepala, dia ni garang.. siapa brani kacau kawan-kawan dia siap la... hehe kawan yang baik... masa ni aku belum color rambut ag.. masa ni kenakalan aku masih dapat dbendung.. hehehe

ni aku ngan ecah, tak ingat la masa bile.. rasanya masa raya kot? dengan ecah asalnya kami mmg tak rapat, sbb ecah ni orang nya pelik-pelik skit.. tp lepas masing-masing abiz study n dah buat hal sendiri, kami mula rapat.. selalu communicate ... Ecah ni sbnrnya baik.......

Tengok kami.. siapa nampak muda? hehehe sbrnya aku tua dr art.. tua 2thn.. hehehe, masa sem 5,6 dan 7 kami, art,yana, ecah n lin duk serumah.. tp art selalu tdo sekatil ngan aku... chomel je kn.. tp minah ni susah tul nk ajak jmpe... adey art.. windu sgt2 la...~ 


Ni Mazlin, atau lebih mesra dikenali sbg lin, Adik angkat aku.. Dari orentasi sampai la dah abiz study, kami masih berhubungan.. keep in touch kata org puteh.. masa study terlalu banyak kenangan kami, aku jaga n syg lin mcm adik kandung sdri, kdg2 terasa mcm aku ni mak dia pulak, aku akan cuba beri yg terbaik n sanggup susah asalkan dapat tgk dia senang.. Syukur la sehingga hari ni, hubungan kami masih seperti dulu, dan harapan moga ia bkekalan la.. Lin...lin.. akak tetap syg awk.. ttp anggap awk mcm adk akak.. awk jgn lupa akak tau.. janji k.. hehehehe


Pic ecah kawin......... Ecah yang start kawin dulu.. pastu Lin.. pastu yana.. aku bile? Tunggu yer.....


Uniform Petronas :p


Kuikuikui.. ni la aku masa keje d petronas sec 6 shah alam.. dari umo aku 16 tahun just buat partime sampai la habis SPM  baru aku wat fulltime. Gambar ni masa ni usia aku dah 20tahun, kalau nak tahu la.. Masa ni aku umpama Awek yang paling cun di petronas.. hehehe puji diri sendiri :p. tapi lawak bile aku tgk muka aku time ni ..

Masa keje ni aku dapat kenal dengan macam-macam ragam manusia.. Banyaknya manusia yang pelik.. yang rasa diri depa bagus sangat. Masa ni la baru aku sedar betapa susahnya keje macam ni. Ada satu kenangan yang tak mungkin aku lupakan.. Disini la aku menemui Cinta pertama aku.. Cinta Monyet.. bile dikenang balik banyaknya peristiwa yang menyakitkan hati aku.. tapi takpe.. layaaaan~

Mamat yang aku suka tu duk dekat sec 6 juga, adey muka gile ketat, memang nampak sombong la.. tapi dia yang ngorat aku. tapi tak kisah la, semua dah berlalu, dah hampir 7tahun pun. Mamat tu pun dah kawin n ada anak sorang. sob..sob..sob :'(, sedih beb dia tinggal kn aku atas alasan " kita tak sebumbung" aku pun tak faham apa maksudnya... tak setaraf kot? yela aku keje pam minyak je, dia anak orang berada.. Bongok sape suh ngorat aku dulu! :p

aku sambung belajar, ambik diploma di UNISEL, masa usia aku 20tahun, ujung-ujung tahun, masa tu dah nak masuk 21tahun, sambung belajar lambat :p, tapi takpe.. alhamdulillah aku abiz gak la diploma.. ha skrg elok dah keje, boleh la tanggung diri sendiri... hehehe


Siapa Aku?...


Aku sama sahaja seperti yang lain-lainnya.. Punyai impian dan ingin menjadi seorang yang mampu membahagiakan siapa sahaja yang berada disisinya. Namun lumrah kehidupan..Tak semua yang diimpikan akan menjadi realiti.. Tak semua yang kita hajati dapat dipenuhi. Pelbagai peristiwa menimpa aku...pelbagai perkara yang telah aku pelajari. Pelbagai jenis manusia aku temui. 

Ingat lagi sewaktu berusia 12 tahun, masa tu aku tengah leka bermain dan pada masa tu tak pernah fikir pasal masalah.. hidup rasa bahagia aja, maklum la masa tu budak-budak lagi, mana ada masalah.. semua mak bapa yang uruskan. Aku mempunyai 6 orang adik beradik yang masing-masing mempunyai ragam dan sikap yang tersendiri. Aku mempunyai 3 orang kakak dan 2 orang abang.
Kak long aku, nama dia faridah, orangnya cantik.. Putih gebu.. masa muda nya fuh memang digilai ramai.. kakak no 2,aku panggil kak yien.. entah kenapa panggilannya mcm tu, nama betul nya "Phyrus" atau ejaan yang mudah "Fairus", Ejaan nama dia je pelik tapi orang nya layaaan... mempunya sifat yang suka buat hal sendiri tapi yang paling best dia pandai dalam bab-bab saving. Akak no 3, nama dia Fauziah, kami panggil dia "Cek",Fuh mmg tersangat la pelik.. Memiliki vocal yang gile best, tp perh ganas nyer..Abang aku pulak.. Nama dia Jebat.. aku panggil "bat" hehehe, abg yang sangat baik,soft spoken, yang paling bagusnya sangat-sangat bertanggung jawab. Ha abang aku sorang lagi.. yang no 5. masa kecik-kecik kami ni rapat sangat.. selalu bermain bersama sebab usia kami bezanya cuma setahun. Nama dia Adam.. Perh jambu say muka dia.. tapi dia ni suka buat hal sendiri... Errm yang terakhir aku.. anak bongsu.. dari kecik sampai sekarang aku sendiri tak tahu nak mentafsirkan macam mane orgnya aku ni.. tp yang pasti.. aku sangat-sangat sayang pada keluarga.. dan anak-anak sedara aku adalah nyawaku hehehe...

 Kisah aku,bermula masa arwah bapa meninggal pada 04 feb 1996, fuh hancus hatiku.. luluh tak terkata. blur jadi serba serbi tak tau apa-apa. kisah aku bermula setelah bapa pergi.. sop..sop..sop :'(.. windu sgt kat dia.. dulu aku budak-budak lagi.. alhamdulillah sekarang aku dah jadi anak yang boleh dikatakan berguna.. dapat membantu keluarga. Ada pelajaran walaupun tak la tinggi mana.. ada kerjaya walaupun tak la hebat mana tapi yang penting boleh berdikari sendiri. 

Masa usia aku 14tahun aku memilih untuk masuk ke sekolah agama di "maahad", disana la banyak mengubah hidup aku.. dari aku gemok terus jadi sekeping je, maklumlah duk asrama, makan pun tak cukup.. sakit kene jaga diri sendiri, Tapi al-hamdulillah disana la aku belajar mengaji dan bersolat.. Tapi aku sekolah disana tak lama, 2tahun aje, lepas tu akak aku no 2 ambik aku duk dengan di shah alam, dan sekolah kan aku di smk ssaas sec 2 shah alam, aku menghabiskan zaman persekolahan aku di shah alam dan sehingga sekarang aku dah pun berusia 27tahun, fuh dah tua ni~.

Masa aku berusia 16tahun aku dah buat partime di petronas sec6 tempat akak aku keje, masa tu aku belaja berdikari, belaja macam mana nak cari duit sendiri, penat gila ... Disebabkan aku duduk dengan akak aku la, banyak ilmu yang aku perolehi.. aku pandai masak, aku boleh uruskan hal-hal rumah, dan yang paling utama aku tahu apa itu berdikari.. eh! bukan semua orang boleh berdikari ok.. hehehe. 

Eh, nanti sambung lagi.. hehehe panjang sangat nak tulis.. jenuh hehehe :)